Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Akok Kedut Guna Acuan Pembakar Roti, Memang Mudah, Sedap Berlemak & Cepat!

Cara Buat Akok Kedut Guna Acuan Pembakar Roti, Memang Mudah, Sedap Berlemak & Cepat!

Kategori: ,
akok kedut guna acuan pembakar roti

Kuih akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.

Terdapat beberapa jenis kuih akok iaitu biasanya dibuat berbentuk bujur, ikut acuan buah ulu dan akok bunga atau dikenali juga akok Kemboja.

Dan kali ini, kami inginkan resipi akok kedut yang hanya menggunakan pembakar roti sebagai acuan! Haaaa memang senang dan sedap tau. Gebu-gebu gitu! Jom try akok kedut guna acuan pembakar roti ni sama-sama.

Cara Buat Akok Kedut Guna Acuan Pembakar Roti, Memang Mudah, Sedap Berlemak & Cepat!

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan air + gula pasir + daun pandan (sukatan ikut kemanisan masing-masing. Jadikan sebagai air gula.)
  • 5 biji telur ayam *
  • sedikit perisa pandan *
  • secubit garam *
  • santan 1/2 kotak (saiz kecil)
  • tepung gandum 3 sudu makan

Cara Penyediaan:

  1. Kisarkan semua bahan bertanda (*) di atas selama 2 minit hingga sebati.
  2. Kemudian, masukkan 2 sudu minyak masak untuk effect golden brown.
  3. Masukkan air gula yang sudah sejuk tadi dan kisarkan sekejap.
  4. Kemudian sedia untuk dibakar. Tuangkan adunan kuih akok ke dalam pembakar roti.
  5. Bakar sehingga warna bertukar kepada perang keemasan.
  6. Siap untuk dihidangkan, selamat mencuba!

akok kedut guna acuan pembakar roti akok kedut guna acuan pembakar roti akok kedut guna acuan pembakar roti akok kedut guna acuan pembakar rotiakok kedut guna acuan pembakar roti

Siap sudah akok kedut guna acuan pembakar roti ni. Memang senang kan? Rasanya pula gebu dan sedap. Bolehlah cuba di rumah. Selamat menikmati.

Kredit: Halimatun Saadiah Ismail

Baca juga: Resipi Dari Arwah Mak, Ini Dia Cara Buat Kerabu Tauge Untuk Iftar Yang Disukai Seisi Keluarga, Cara Orang Lama

tags: | |