Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Apam Lenggang Mudah & Sedap, Sukat Guna Cawan Je

Cara Buat Apam Lenggang Mudah & Sedap, Sukat Guna Cawan Je

Kategori:
Apam Lenggang

Tiada idea nak masak apa untuk esok sarapan pagi esok? Jom cuba buat apam lenggang yang sedap ini. Caranya juga sangat mudah kerana hanya perlu sukat guna cawan. Ikuti resepi lengkap di bawah.

Cara Buat Apam Lenggang Mudah & Sedap, Sukat Guna Cawan Je

Bahan-bahan:

  • 1 setengah cawan tepung beras
  • Setengah cawan tepung gandum
  • 1 setengah sudu kecil yis
  • 7/8 sudu besar gula pasir
  • 1 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • Sebiji telur

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan kecuali santan.
  2. Perap sejam atau 2 jam.
  3. Masukkan santan dan kacau sebati.
  4. Kalau adunan masih berkutil tapis ye untuk dapat adunan yang sebati.
  5. Panaskan kuali dan sapu minyak pada kuali (kalau pakai non-stik tak perlu gris minyak ye).
  6. Ambik 1 senduk dan lenggang seperti buat kuih ketayap.
  7. Masak dgn api perlahan, bila dah kekuningan blh la digulung @dilipat.
  8. Makan panas-panas sedap! Selamat mencuba.

Kredit: Zaimah Zakaria

tags: