Kebiasaannya kita akan dengar ayam dimakan berama sos cili atau keju. Sekarang anda boleh bereksperimen resepi ayam, salah satu contohnya ayam goreng mozarella sos matcha.
Bahan yang digunakan ini sangat unik, dimana ia digunakan bersama soya yang boleh ditemui mana-mana pasar raya.
Resepi Paling Pelik & Unik, Ini Cara Buat Ayam Goreng Mozarella Sos Matcha Hijau Seperti ‘Hulk’! Cubalah!
Perkongsian makanan ini dikongsi oleh Recein Aja dimana ianya dikecam juga kerana resepinya sangat pelik. Hidangan ini sangat sesuai untuk orang yang suka makan makanan yang Barat dan mempunyai pelbagai inovasi makanan. Rasanya sangat unik dan anda tidak pernah merasainya sebelum ini.
Ianya sesuai untuk penggemar matcha, jadi ianya tidak salah untuk anda mencuba Ayam Mozzarella Sos Matcha ini juga.
Bahan-Bahan Untuk Ayam:
- 3 ketul dada ayam (fillet)
- 1 biji putih telur
- Keju Mozzarella secukup rasa
- Tepung gandum untuk membuat lapisan luar ayam
- Serbuk roti
- Garam
- Serbuk lada
- Serbuk bawang putih
Bahan-Bahan Untuk Sos Matcha:
- Satu setengah sudu teh minyak zaitun
- 1 bawang putih dicincang halus
- Setengah gelas susu soya
- 1/4 serbuk matcha
- 1 sudu kecil tepung jagung
- Garam secukup rasa
- Serbuk lada mengikut citarasa
Cara Penyediaannya:
- Potong dada ayam kepada 3 bahagian dan salut dengan serbuk bawang putih, serbuk lada sulah dan garam.
- Anda perlu menunggu selama 15 minit untuk perasa meresap ke dalam ayam.
- Buat lubang pada sebelah dan masukkan keju mozzarella.
- Tepung gandum dicampur dengan serbuk bawang putih, sedikit serbuk lada sulah, dan garam.
- Salutkan ayam menggunakan tepung.
- Gulungkan ayam ke dalam putih telur.
- Salut seluruh permukaan menggunakan serbuk roti.
- Letakkan di dalam peti sejuk selama kira-kira 15 minit.
- Keluarkan dari peti ais dan mulakan goreng sehingga warna bertukar menjadi perang keemasan.
- Sudah tiba masanya untuk membuat sos yang lain-lain bahagian dengan menumis bawang putih yang dikisar bersama minyak zaitun. Dikisar bersama minyak zaitun.
- Masukkan susu soya, lada sulah, serbuk matcha, dan garam secukup rasa. Teruskan kacau sehingga sekata.
- Jika sos sudah mendidih, boleh mula masukkan tepung jagung supaya lebih pekat.
Keluarkan sos matcha dan ayam.
Ini adalah resepi yang sebenar ayam goreng mozarella sos matcha hijau. Mungkin rasanya agak pelik tetapi nescaya rasanya agak unik dan jarang untuk didapatinya di mana-mana kedai. Mungkin jika anda seorang peniaga, boleh menggunakan resepi ini, dan kedai anda akan viral!
Selamat Mencuba!
Kredit: Recein Aja
Baca Juga: Resepi Matcha Burnt Cheesecake, Rasa Yang Berkrim & Lembut Macam Aiskrim!