Siapa di sini minat dengan ayam tandoori? Ianya selalu di hidang di restoran Mamak dan sangat enak digandingkan bersama roti Naan. Tapi tahukah anda boleh menyediakan ayam tandoori homemade tanpa menggunakan clay oven?
Kalau rasa rindu dengan hidangan ini, anda boleh lah mencuba resepi yang dikongsikan oleh Cik Illa. Resepi mudah ini tidak menggunakan clay oven pun seperti cara tradisional. Nak mudah, guna sahaja air fryer. Jom baca perkongsian penuh olehnya.
Resepi Ayam Tandoori Homemade
Bahan Ayam Tandoori
- 1 sudu besar serbuk cili
- Jus limau nipis (ikut citarasa nak masam macam mana)
- Sedikit pewarna merah
- Bawang putih
- Halia
- 6 hingga 8 sudu besar yogurt asli
- Serbuk lada hitam
- Serbuk ketumbar
- Garam masala (dapatkan di sini)
- Serbuk kunyit
Cara Penyediaan
- Ayam dibersihkan dan toskan. Kemudian, di dalam bekas, letakkan sedikit minyak dan biar seketika selama 5 minit.
- Masukkan serbuk cili, garam dan jus limau nipis, gaul sampai rata. Masukkan sedikit pewarna merah untuk menampakkan kesan ayam tandoori. Perap seketika.
- Dalam bekas lain, masukkan bawang putih, halia, yogurt asli, lada hitam, serbuk cili, serbuk ketumbar, garam masala dan serbuk kunyit. Gaulkan semua.
- Tuang bahan campuran tadi ke dalam bekas yang berisi ayam. Kacau sebati dan perap lama lagi sedap.
- Masak di dalam air fryer dengan menggunakan suhu 180C selama 10 minit atau sampai masak. (Balikkan ayam untuk masak lebih sekata).
Nampak mudah sahaja, kan? Kalau rasa rindu dengan menu kedai mamak ini, korang boleh lah mencuba resepi ayam tandoori homemade ini. Guna air fryer sahaja dah menjadi, kan? Rasa terliur tengok gambar ini.
Kredit: Cik Illa
Baca Juga: Salah Satu Makanan Yang ‘Tersedap’ Di India, Ini Dia Resepi Chittenad Masala Yang Mendapat Lebih 14K Perkongsian