Resepi biskut florentine guna air fryer ini untuk anda yang tidak mempunyai oven, tapi mempunyai air fryer. Ataupun jika anda sedang menggunakan oven untuk membuat biskut lain, boleh guna air fryer juga supaya dapat menjimatkan masa. Jom cuba!
Ini Cara Buat Biskut Florentine Guna Air Fryer
Bahan-bahan:
- 250g almond flakes
- 100g pumpkin seed
- 100g sunflower seed
- 2 sudu bijan hitam
- 2 sudu bijan putih (optional)
- 250g tepung florentine
- Paper cup
Cara-cara:
- Bakar almond flakes dalam air fryer pada suhu 160°C selama 3 minit.
- Kemudian bakar pula pumpkin seed, sunflower seed, bijan hitam dan bijan putih pada suhu 160°C selama 3 minit.
- Masukkan tepung florentine ke dalam satu mangkuk.
- Masukkan semua bahan yang telah dibakar tadi ke dalam mangkuk berisi tepung florentine.
- Gaul sebati semua bahan.
- Gunakan sudu untuk mencedok. Jangan membukit sangat, nanti biskut jadi tebal.
- Tuangkan ke dalam paper cup.
- Kemudian, masukkan dalam air fryer. Bakar pada suhu 160°C selama 7-10 minit. Jangan lupa cek juga semasa membakar, takut hangit pula.
- Keluarkan dari air fryer, biarkan sejuk seketika.
- Tekan secara lembut bawah dan tepi paper cup untuk keluarkan biskut florentine ini.
Kredit: Nor Farahizzah Ali
Selamat mencuba!
Baca juga: Resepi Pandan Muffin Lembut & Gebu, Guna Air Fryer Pun Menjadi!