Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Biskut Kacang Yang Crunchy Dan Sedap, Makan Depan TV Memang Mengasyikkan

Cara Buat Biskut Kacang Yang Crunchy Dan Sedap, Makan Depan TV Memang Mengasyikkan

Kategori: ,
resepi biskut kacang

Biskut kacang ini merupakan biskut yang masih lagi terkenal dan disukai orang ramai walaupun ia merupakan biskut pada zaman mak nenek kita dulu. Rasanya sangat sedap dan nak menyediakannya juga sangat mudah. Bagi yang tidak alergi kepada kekacang, boleh la makan sepuasnya. Tetapi bagi yang mengalami alergi, jangan makan

BAHAN-BAHAN:

  • 4 Cawan tepung gandum
  • 4 Cawan kacang yang dikisar
  • 1 cawan tepung jagung
  • 3 cawan gula halus
  • 1 sudu garam
  • 2 biji kuning telur
  • Minyak jagung (mazola) secukupnya

CARA PENYEDIAAN:

  1. Gaulkan tepung gandum, serbuk kacang tanah, gula halus dan garam hingga sebati. Kemudian masukkan minyak sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang lembut dan boleh dibentuk.
  2. Canai adunan setebal 1 cm dan terapkan dengan acuan yang anda suka
  3. Susun dalam dulang yang digris dgn mentega atau dilapik dengan baking paper.
  4. Sapukan dengan kuning telur di permukaan biskut dan bakar pada suhu 170 darjah Celcius selama 20 minit atau sehingga kekuningan.
  5. Siap untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Ana Mariana Via MAHN

tags: |