Biskut raya memang sudah menjadi tradisi dalam kalangan rakyat Malaysia. Belum tiba raya lagi, kebiasaannya pada bulan puasa juga sudah ada mula yang menjual biskut raya. Tidak kurang mereka yang membuat biskut sendiri di rumah. Tambahan lagi pada musim PKP ini, mulut asyik nak mengunyah je kan? Lagi-lagi kalau biskut tu rangup dan cair di dalam mulut seperti biskut semperit. Kalau anda belum pernah rasa biskut semperit ini, apa kata jom cuba buat dengan menggunakan resepi perkongsian dari Wan Atirah WM ini.
BISKUT SEMPERIT MATAHARI MELTING
Bahan-bahan:
- 250g butter / 1 cawan Marjerin pelangi
- 1 cawan susu pekat (kalau nak guna gula ising pun boleh)
- 1 biji telur kuning
- 1/2 cawan susu tepung (saya guna susu fernleaf anak)
- 1 cawan tepung jagung
- 2 cawan tepung custard
- 2 cawan tepung gandum
Cara-cara:
- Satukan butter, susu pekat dan telur kuning. Kacaukan.
- Kemudian masukkan susu tepung, tepung jagung dan tepung kastard. Kacau rata.
- Selepas itu, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Sambil tuang sambil uli sampai doh licin dan doh tak melekat di tangan dan licin.
- Tekan pada acuan atas dulang yg disapu marjerin hiaskan dan bakar suhu 160-170 masa 25-30 minit api atas bawah.
- Resepi ini tak gunakan sebarang pewarna atau esen vanila , bau wangi dia dari custard dan tepung jagung tu dah cun, warna dia asli dari custard dah cantik tak perlu letak pewarna.
Kredit: Wan Atirah WM
Selamat mencuba!