Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Biskut Swiss Tart Yang Comel & Sedap, Guna Acuan Semperit Je

Cara Buat Biskut Swiss Tart Yang Comel & Sedap, Guna Acuan Semperit Je

Kategori:
biskut swiss tart

Dah ada yang mula mecari resipi biskut untuk hari raya nanti? Mungkin ada yang mencari resipi biskut yang unik dan jarang dibuat orang seperti biskut swiss tart ini.

Apa kata jom cuba buat biskut swiss tart yang comel dan semestinya sedap ini. Boleh guna jem strawberi atau mana-mana perisa jem kegemaran anda.

Yang penting, tak perlu susah-susah beli acuan yang baharu kerana anda boleh menggunakan acuan semperit sahaja. Selamat mencuba!

Resipi Biskut Swiss Tart

Bahan-bahan:

  • 250gm buttercup
  • 70gm gula aising
  • Sedikit esen vanilla
  • 170gm tepung gandum (ayak)
  • 170gm tepung jagung (ayak)
  • 2 sdb coklat rice
  • Jem strawberi

Cara-cara:

  1. Satukan buttercup, gula aising dan esen vanilla. Gaul sebati menggunakan senduk sahaja.
  2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang sudah diayak sedikit demi sedikit sehingga habis. Gaul sebati.
  3. Seterusnya masukkan coklat rice ke dalam adunan tadi dan gaul sekejap.
  4. Masukkan adunan ke dalam piping bag yang sudah diletakkan acuan.
  5. Picit seperti dalam gambar. Letakkan jem di tengah-tengah.
  6. Bakar pada suhu 150 celcius selama 20 hingga 30 minit menggikut oven masing-masing menggunakan api atas bawah.
  7. Selamat mencuba!

Kredit: Azlina Ina

tags: |