Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Paling ‘Simple’ Buat Brownies Guna Marjerin Dan Tanpa Mixer Tapi Tetap Menjadi Dan Sedap!

Cara Paling ‘Simple’ Buat Brownies Guna Marjerin Dan Tanpa Mixer Tapi Tetap Menjadi Dan Sedap!

Kategori: ,
resepi brownies guna marjerin

Kek brownies memang mendapat sambutan yang tinggi pada saat ini. Rasanya yang bercoklat dan lemak manis pasti menjadi kegemaran semua. Antara bahan yang digunakan untuk membuat brownies adalah buttercup, coklat masakan, gula perang dan tepung naik sendiri.

Mesti ada antara kita yang tertanya-tanya kan kalau tak guna buttercup boleh ke? Jawapannya boleh. Resepi dekat bawah ini memang tak perlu guna buttercup pun. Dan tanpa menggunakan mixer. Walaupun begitu ianya tetap sedap dan menjadi!

Cara Paling ‘Simple’ Buat Brownies Guna Marjerin Dan Tanpa Mixer Tapi Tetap Menjadi Dan Sedap!

BAHAN-BAHAN:

Bahan A:

  • 1 1/4 bar coklat masakan
  • 1/2 cawan marjerin pelangi

Bahan B:

  • 1 cawan gula perang
  • 2 biji telur

Bahan C :

  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 2 sb serbuk koko
  • Secubit garam

Bahan Hiasan:

  •  Nutella
  • Strawberries

CARA PENYEDIAAN:

  1. Cairkan coklat secara ‘double boil’. Selepas coklat cair , masukkan majerin. Kacau sehingga larut. Biarkan suam.
  2. Campurkan gula perang dan telur. Kacau sebati selama 3 minit. Tak perlu mixer, guna whisk atau spatula je.
  3. Ayakkan kedalam satu bekas. Campurkan bahan A ke bahan B. Kacau seketika , kemudian masukkan bahan C. Campur hingga sebati. Tuang dalam bekas . Guna baking paper ya, nanti melekat.
  4. Bakar dengan suhu 180c selama 40 minit.
  5. Apabila dah masak biarkan sejuk seketika.
  6. Potong dan hiaskan dengan bahan hiasan.
  7. Siap untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Meera Aziz

Baca juga: Setiap Kali Buat Brownies Tak Berkedut? Jangan Risau Ini Dia Resepi Brownies Berkedut Cantik Je

tags: | |