Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Cencaru Sumbat Air Fryer. Sambal Terletak Elok, Ikan Pun Kurang Berminyak!

Cara Buat Cencaru Sumbat Air Fryer. Sambal Terletak Elok, Ikan Pun Kurang Berminyak!

Kategori: ,

Cencaru sumbat memang sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Tapi, bila sampai part nak menggoreng tu, ramai yang terbantut dan rasa tak syok nak masak akibat sambal yang senang terkeluar.

Ini akan menyebabkan minyak cepat hitam walaupun baru digunakan.

Jadi untuk mengelakkan masalah sambal terkeluar dari ikan cencaru dan minyak bertukar jadi hitam, sebenarnya ada teknik mudah yang anda boleh ikuti.

Seperti yang dikongsikan oleh Munira Ali, cara paling senang untuk masak cencaru sumbat ni adalah dengan menggunakan air fryer atau oven. Hasilnya, ikan kurang berminyak, sambal pun terletak elok dalam ikan.

Jadi, jom kita ikuti cara buat cencaru sumbat air fryer yang paling senang, gerenti sedap bila dimakan dengan air asam!

Cara Buat Cencaru Sumbat Air Fryer. Sambal Terletak Elok, Ikan Pun Kurang Berminyak!

Bahan-Bahan Untuk Sambal

  • 1 ½ biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 tangkai cili besar
  • 4-5 tangkai cili api
  • Sedikit belacan
  • Sedikit Cukup Rasa
  • Asam jawa
  • 1 sudu gula

Nota : Sukatan bahan-bahan ini ialah untuk 4 ekor ikan cencaru bersaiz sederhana. Anda boleh gandakan bahan kalau ada lebih banyak ikan. Boleh juga tambahkan cili kalau yang sukakan pedas.

Cara-Cara :

  • Kisar bawang, cili dan belacan secara kasar. Kalau nak sedap kena tumbuk.
  • Tumis seketika sambal tadi hingga masak. Kemudian masukkan gula, air asam dan perasa.
  • Bila sambal dah siap tumis, sumbatkan ke dalam ikan yang sudah dibersihkan dan dibelah.

  • Masukkan ikan ke dalam air fyer. Sembur sedikit minyak supaya ikan tak terlalu kering.

  • Gunakan suhu 180 darjah celcius dengan masa 15 minit kemudian terbalikkan. Biarkan lagi 15 minit. Kalau nak lebih garing, boleh tambah lagi 5 minit.
  • Cencaru sumbat air fryer sedia untuk dihidang.

Senang saja rupanya nak masak cencaru sumbat air fryer. Mest sedap cicah dengan air asam!

Cara yang dikongsikan sememangnya lebih mudah dan tak akan menyebabkan sambal terkeluar. Masalah minyak jadi hitam pun tak akan timbul.

Lagipun, bila guna air fryer ni boleh tinggal saja. Lepas 15 minit, baru terbalikkan dan biarkan sebelah lagi masak. Tak payah bersusah nak kawal api atau takut minyak terpercik.

Jom cuba resipi cencaru sumbat air fryer di rumah!

Sumber : Munira Ali via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

tags: |