Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Chicken Chop & Sos Blackpepper Homemade, Resepi Ini Memang Terbaik!

Cara Buat Chicken Chop & Sos Blackpepper Homemade, Resepi Ini Memang Terbaik!

Kategori:
Cara Buat Chicken Chop

Kadang-kadang bila rasa bosan makan nasi, best jugak kalau dapat makan Chicken Chop kan? Kena pula dengan sos blackpepper yang lazat bersama coleslaw! Sekali sekala tukar selera tidak ada salahnya.

Ibu-ibu boleh cuba buat sendiri chicken chop di rumah. Tak sudah mana pun, mudah je! Bahan yang digunakan juga tidak rumit untuk dicari. Selamat mencuba!

Cara Buat Chicken Chop & Sos Blackpepper Homemade

Bahan-bahan chicken chop:

  • Paha ayam
  • Telur
  • Serbuk roti

Cara memasak:

  1. Lapah ayam untuk keluarkan tulang. Cuci bersih dan toskan.
  2. Pukul telur dan celupkan isi ayam tadi.
  3. Kemudian salutkan dengan roti sehingga sebati.
  4. Panaskan minyak. Kemudian goreng ayam menggunakan api sederhana sehingga kekuningan.
  5. Angkat, toskan minyak dan ketepikan seketika.

Bahan-bahan sos blackpepper:

  • Bawang holland & bawang putih (potong dadu halus)
  • 1 biji ubi kentang (potong, rebuskan)
  • 2 sudu mentega
  • Sos blackpepper (jenama longsan/jenama lain)
  • 1 sudu tepung gandum
  • Lada hitam (kisar halus)

Cara-cara memasak:

  1. Masukkan sos blackpepper, kentang, tepung gandum, lada hitam, garam, gula dan sedikit air.
  2. Kisar sehingga sebati.
  3. Dalam kuali, panaskan mentega. Kemudian masukka bawang.
  4. Seterusnya masukkan bahan yang dikisar tadi. Letakkan bersama 1 kiub pati ayam.
  5. Kacau sampai berkilat.
  6. Kalau suka pekat, tak perlu tambah air. Jika suka cair, tambahkan sedikit air mengikut selera masing-masing.

Bahan-bahan coleslaw:

  • Kubis
  • Lobak merah
  • Mayones
  • Sedikit gula
  • Sedikit air panas

Cara-cara:

  1. Cincang halus kubis dan lobak merah. Boleh juga dipotong dadu.
  2. Masukkan mayones, sedikit gula dan sedikit air panas. Gaul rata.
  3. Simpan coleslaw dalam peti ais seketika sebelum dinikmati.
  4. Sedia untuk dimakan bersama chicken chop dan sos blackpepper. Selamat mencuba!

Kredit: SuiSan Aliezsha

Baca juga: Pikat Selera Anak Dengan Nasi Butter Ala KFC, Boleh Cuba Kalau Bosan Makan Nasi Putih!

tags: |