Untuk hidangan masakan sambal yang sedap, apa yang penting ada cili kisar yang digunakan. Untuk tahu cara membuat cili kisar yang mudah dan sedap, boleh ikuti perkongsian oleh Nurul Ateekah yang berkongsi cara buat cili kisar warisan ibu mentua yang merupakan peniaga nasi berlauk dan pelbagai jenis mee di kedai makan.
Yang paling best, kalau nak masak hanya tinggal cedok sahaja. Tak perlu potong bawang dah. Cili kisar ini juga boleh tahan selama 1 bulan disimpan dalam peti ais.
Cili kisar ni, mak mertua saya ajar. Mak mertua saya dulu seorang peniaga nasi berlauk daan jenis2 mee yang jual di kedai makan Singapore. Memang wangi aroma tumisan cili ni bila dimasak. Senang, ringkas dan mudah bila2 masa nak guna.
Bila dah ada cili kisar macam nih, nak buat lauk jenis sambal, masak kicap, rendang, jenis2 goreng mee semua jadi mudah. Cili kisar nih boleh tahan selama 1 Bulan daan tidak berbau. Ianya juga kurang pedas. Dekat sini saya sharekan caranya. Contoh saya masak sotong sambal daan resepinya sekali. Dalam resepi nih, ade rahsia sambal sotong yang sedap.
Cili kisar merupakan bahan wajib di dalam dapur. Pastikan anda cuba cara ini kerana ianya boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan untuk menyedapkan.
Selamat mencuba resepi ini.
Kredit: Nurul Ateekah
Baca Juga: Tips Supaya Bawang Goreng Rangup Dan Tak Lemau, Baunya Juga Wangi &Tahan Lama!