Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Cara Buat ‘Coklat Ganache’ Supaya Permukaan Kek Licin Cantik & Sempurna!

Wanita Ini Kongsi Cara Buat ‘Coklat Ganache’ Supaya Permukaan Kek Licin Cantik & Sempurna!

Kategori: ,,,
coklat ganache

Mungkin ramai yang sudah banyak kali mencuba membuat coklat ganache untuk menyalut permukaan kek. Tetapi setiap kali buat, ganache tak sempurna menyebabkan permukaan kek tidak kelihatan cantik dan licin. Tetapi tidak mengapa, itu perkara biasa bagi setiap orang yang baru mula memasuki dunia baking. Bak kata dalam bahasa orang putih, “practice make perfect!”.

Seorang wanita ini berkongsikan resepi coklat ganache buat mereka yang sering gagal untuk membuat coklat ganache. Jom ikuti perkongsian oleh Norlailanazira Mohd Agos di bawah.

Cara Buat ‘Coklat Ganache’ Supaya Permukaan Kek Licin Cantik & Sempurna!

Harini saya nak kongsi dengan kawan-kawan semua cara saya buat ganache. Biasa saya guna untuk Indulgence dan Choc Moist. Yang belum pernah buat, kena fahamkan betul-betul sebelum buat. Mula-mula mungkin kurang kemas hasil curahan tu tapi kalau dah buat banyak kali mesti kita tahu kat mana kita perlu baiki.

Okey jom kita mula.

Ni contoh bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan ganache. Sila pilih salah satu. Ni semua contoh bahan yang boleh digantikan kalau tak ada bahan macam yang saya guna.

  1. Dark Compound boleh guna jenis bar atau coin.
  2. Buttercup tu boleh je gantikan dengan marjerin Pelangi atau apa-apa marjerin. Kalau nak guna pure butter pun boleh tapi pakai marjerin je sudah. Fungsi dia untuk bagi ganache tu berkilat.
  3. Susu full cream. Okey yang ni boleh pilih salah satu asalkan dia susu. Sebenarnya susu segar, susu sejat ataupun whipping cream Anchor tu pun boleh guna. Ikut bajet anda. Sukatan untuk setiap susu yang digunakan juga berbeza sebab kepekatan setiap jenama tu tak sama. Yang ni kena pandai adjust sendiri

Sukatan ganache yang saya guna harini untuk salut 1 biji Indulgence 9inci dan 2 biji Indulgence 7inci ialah:

  • 400g dark compound
  • 200ml susu full cream
  • 1 sudu besar buttercup

Okey ini memang bahan yang saya guna. Tapi susu full cream tu kadang saya belasah je jenama apa-apa janji full cream. Sebab jenis macam gambar tu tak semua kedai ada jual. Rasa macam professional sangat tau kalau guna jenis ni.

Didihkan air dalam periuk, lepas tu tutup api. Letakkan bowl yang berisi coklat dan buttercup. Bowl mesti lagi besar dari periuk. Kita cairkan coklat guna wap dari air yang mendidih tadi. Ok harap semua faham ya.

Kacau dia bagi dia cair macam dalam gambar.

Masukkan susu full cream. Okey part ni kena banyakkan bersabar. Kacau dengan lemah lembut. Bagi dia betul-betul sebati.

Agak dah menyirap dia masih berketul lagi, apa susah ambil jug lepas tu letak penapis. Apa lagi tapislah dia.

Okey sedia untuk digunakan. Dia mesti tak pekat sangat, tak cair sangat sedang elok je.

Ni hasil lepas siap curah. Saya terus ambil gambar.

Kalau nak tulis, kena biarkan ganache set dulu at least 1 jam. Kalau lepas curah terus tulis memang tenggelamlah tulisan tu.

Nak tahu cara buat tulisan atas kek macam ni? Jom baca di sini. 

Okey ini hasil dari 400g dark choc tadi. Kalau awak baru nak belajar, rasanya ganache memang banyak guna sebab tak reti nak agak lagi. Tapi tak apa, practice makes perfect! Good Luck.

Jangan lupa juga cuba Resepi Kek Coklat Indulgence.

Kredit: Norlailanazira Mohd Agos

tags: | |