Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Buat Croissant Custard Puding, Rasanya Sangat Sedap. Wajib Cuba!

Ini Cara Buat Croissant Custard Puding, Rasanya Sangat Sedap. Wajib Cuba!

Kategori: ,
CROISSANT CUSTARD PUDING

Roti croissant merupakan sejenis pastri yang sangat popular di kalangan orang Barat. Malah di beberapa negara, ia sering menjadi sarapan pagi pilihan ramai. Sesuai digandingkan bersama aneka buah-buahan serta manisan, ia sangat enak!

Selain dimakan begitu sahaja, anda juga boleh menikmatinya dengan cara lain. Di sini, kami ingin berkongsi resepi croissant custard puding yang telah diolah oleh Edayu Rashid di grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official. Nampak sangat menyelerakan.

Ini Cara Buat Croissant Custard Puding, Rasanya Sangat Unik. Korang Wajib Cuba Tau!

Bahan-bahan

  • Roti croissant
  • Butter
  • Marmalade
  • Aiskrim vanilla
  • Dark chocolate CROISSANT CUSTARD PUDING

Cara penyediaan

  1. Belah dua roti. Selepas itu, sapukan butter.
  2. Kemudian, sapukan marmalade pula.
  3. Sapukan sedikit butter pada permukaan loyang.
  4. Susun roti croissant dalam loyang. Masukkan aiskrim vanilla yang telah dibiarkan sekejap pada suhu bilik tapi masih belum cair.
  5. Akhir sekali, taburkan sedikit dark chocolate. Masukkan dalam oven dan bakar selama 15 minit.
  6. Keluarkan dari oven dan siap untuk dinikmati. CROISSANT CUSTARD PUDING CROISSANT CUSTARD PUDING

Bila fikir balik memang bijak kaedah pengunaan aiskrim untuk jadikan sos kastad itu. Sebab selalu memang kita guna telur, susu, gula dan esen vanila. Dalam aiskrim vanilla tu memang dah ada campuran semua bahan tu cuma dah dibekukan siap-siap.

Dah siap bakar tazabar nak makan. Kombinasi rasa masam marmalade, pahit dark chocolate bergabung dengan manis kastad dan buttery croissant memang menghasilkan satu rasa yang unik.

Selamat mencuba!

Kredit: Edayu Rashid di grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official

Baca Juga: Resepi Roti Kacang Merah Paling Mudah. Uli Guna Tangan Sahaja Pun Tetap Menjadi

tags: