Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Daging Jeruk Step By Step, Memang Sedap Jika Di Goreng Dan Dimakan Dengan Nasi Putih

Cara Buat Daging Jeruk Step By Step, Memang Sedap Jika Di Goreng Dan Dimakan Dengan Nasi Putih

Kategori:

Mesti anda pernah dengar daging pekasam kan? Dan dah biasa makan daging pekasam kan. Daging pekasam dan daging jeruk adalah dua benda yang berbeza sebenarnya. Kesedapannya pula atas selera masing-masing. Ada yang kata daging jeruk lebih sedap berbanding daging pekasam. Tapi kalau anda nak tahu mane yang lebih sedap, boleh buat ye.

Cara membuat daging jeruk

Potong daging merah dalam keadaan beku atau separa beku. Daging yang dibekukan mudah dipotong bagi mendapatkan kepingan daging yang nipis. Kenapa 4 segi? Sebenarnya ianya bukan 4 segi. Ianya adalah bahagian daging batang pinang atau top side. Bentuknya besar dan panjang.

Selalu saya beli seketul besar dalam keadaan beku untuk kegunaan rumah. Saya kerat kepada beberapa bahagian. Dalam keadaan separa beku (luar dah tak beku tetapi dalam masih beku). Bahagian luar saya guna masak apa apa. Bahagian dalam saya dapatkan potongan 4 segi untuk buat daging jeruk.

Perlu basuh selepas dipotong nipis ? Tak perlu. Saya basuh ketika seketul besar. Hanya lalukan air sahaja. Bila kena basuh ? Basuh ketika seketul besar dengan hanya lalukan air sahaja. Bila sudah hiris nipis jangan dibasuh lagi. Apabila basuh selepas dipotong, manis dan nutrisi daging akan menyusut nilainya kerana larut dalam air.

Sediakan bahan bahan untuk menjeruk.

  • Bekas kontainer
  • Garam halus
  • Limau kasturi yang dibuang biji

Susun daging di dalam bekas kontainer. Tabur rata garam ke seluruhan daging.

Perahkan limau kasturi dengan rata ke atas daging.

Susun lagi daging dilapisan seterusnya. Taburkan garam ke serata daging.

Perah limau lagi ke serata daging. Ulang lagi melapis daging => garam => perahan limau.

Sehingga habis daging tersebut. Masukkan limau yang telah diperah tadi. Siap untuk diperam. Saya letakkan di dalam peti sejuk di bahagian chiller.

Selepas satu hari, daging mula berubah warna setelah mengalami proses penapaian. Saya tunggu lagi seminggu baru masak supaya daging menjeruk sebaiknya.

Nak masak apa dengan daging jeruk ini?

Ada orang tanya saya, nak masak apa lagi dengan daging jeruk ? Ok saya goreng dan add on kacang panjang sahaja. Maka jadilah resipi lengkap, karbo + protein + vitamin. Bila menggoreng tidak dimasukkan sekali.

Cara Penyediaan:

  1. Goreng daging jeruk dengan minyak yang sedikit.
  2. Dalam seminit, masukkan hirisan bawang, cili padi dan kacang panjang
  3. Masak sebentar untuk layukan kacang panjang.
  4. Siap dan jom makan bersama nasi putih. 

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Rafiza Idayu

Baca juga: Brokoli Daging Grilled Menu Simple Tapi Menyihatkan, Memang SEDAP Sangat-Sangat!

 

 

tags: | |