Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsikan Cara Mudah Untuk Buat Dalgona Coffe Tanpa Mixer

Wanita Ini Kongsikan Cara Mudah Untuk Buat Dalgona Coffe Tanpa Mixer

Kategori: ,

Hello Malaysia! Jika dilihat di laman sosial terdapat resepi memasak di mana-mana. Kalau anda perasan ada satu resepi yang sangat viral. Heboh satu Malaysia. Resepi tersebut ialah Dalgona Coffee.

Dalgona Coffee Pro-Tip

Mari kita mulakan perjelasan tentang Dalgona Coffee ini. Ia adalah resepi kopi viral oleh Youtuber daripada Korea, 뚤기 ddulgi. Dalam video sepanjang 3 minit setengah itu, 뚤기 ddulgi menggunakan pengadun untuk mengadun kopi, gula dan air sehingga menjadi buih yang tebal. Kebanyakkan resepi menunjukkan kita perlu mengandun kopi sebanyak 400 kali untuk mendapatkan hasil yang sempurna. Setelah itu, buih berkrim tersebut ditambah ke dalam segelas susu. Buih yang berkrim di bahagian atas menjadikannya viral. Dan sekarang semua orang mencubanya sendiri di rumah.

Setakat ini, video itu telah mendapat lebih daripada 3.8 juta tontonan. Memang, dengan resipi tersebut yang sangat mudah, pasti semua orang menyukainya.Ditambah pula dengan keadaan sekarang, dimana kita berada dalam Kawalan Pergerakkan jadi kita mempunyai banyak masa di rumah dan pasti akan mencuba kopi yang mudah dan sedap ini.

Okay, katakan anda mempunyai semua bahan-bahan untuk membuat Dalgona Coffee ini tetapi tiba-tiba anda teringat yang anda tidak mempunyai pengadun. Ya resepi ini hanya memerlukan satu alat je dan ianya adalah yang anda tidak boleh cari di kedai runcit buat masa sekarang. Jadi yang tinggal hanya la satu cara sahaja iaitu kacau kopi tersebut dengan sudu sebanyak 400 (x2), adakah anda sanggup? Kalau anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam untuk secawan kopi tidak mengapa.

Tetapi kalau tidak sanggup,anda tidak perlu risau kerana ada rakyat Malaysia berkongsi dengan kami satu tip berguna untuk menyempurnakan Dalgona Coffee TANPA pengadun dengan jayanya. Kita boleh menggantikan pengadun dengan benda lain yang mudah kita dapatkan di rumah iaitu botol air mineral.

Menurut Lieya Emillia, apa yang dilakukannya adalah larutkan dahulu nescafe, gula, air panas lalu tuangkan ke dalam botol air mineral. Kemudian goncangkan campuran tersebut sehingga berbuih. Apa yang menarik adalah ianya tidak mengambil masa yang lama untuk menghasilkan buih. Tanpa 400 kali mixer pun dapat buih  yang cantik.

Kalau sebelum ni anda mahu mencuba resipi ini tetapi terbantut kerana tidak mempunyai mixer. Jadi sekarang anda dah boleh mencubanya. Selamat mencuba dan berjaya!
Sumber rujukan : KL Foodie

 

tags: