Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Dia Cara Buat Donut Ball Cheese Leleh, Sedap Sangat Dan Memang Lain Dari Yang Lain

Ini Dia Cara Buat Donut Ball Cheese Leleh, Sedap Sangat Dan Memang Lain Dari Yang Lain

Kategori:
donut ball cheese

Donut merupakan kuih atau pencuci mulut yang sangat digemari oleh orang ramai, tidak kira sama ada kanak-kanak mahu pun orang dewasa. Kebiasaannya kita hanya akan menikmati donut biasa atau pun donut yang disaluti atau dicurahkn coklat. Nak rasa donut yang berbeza dan lain daripada lain?

Mungkin anda boleh cuba Donut Ball Cheese Leleh ini. Lain daripada lain, bentuknya yang bulat dan kecil serta berisi dengan keju pasti membangkitkan selera kita dan anak-anak. Nak cuba buat? Jom ikuti perkongsian resepi di bawah ini.

Cara Buat Donut Ball Cheese Leleh Yang Sedap!

Bahan-bahan:

  • 1kg tepung gandum
  • 1 sudu tea baking powder
  • 1 peket mauripan
  • 500 ml air suam
  • 2 sudu tea susu pekat
  • 1 senduk majerin
  • 1 sudu tea garam
  • 24 keping cheese dibelah dua

Cara penyediaan:

  1. Air, mauripan, garam dan susu disatukan dalam jug biarkan sehingga berbuih.
  2. Ayak tepung bersama baking powder masukkan bahan A diatas, uli dalam 10minit masukn margerin uli lagi 10 minit.
  3. Biarkan adunan 1/2 jam ditempat panas sehingga kembang naik.
  4. Selepas setengah jam tumbuk adunan utk keluarkan angin, kepal-kepal doh agak-agak size setengah genggam kmudian msukn cheese. Boleh la trus digoreng shingga keperangan.
  5. Selepas itu tabur gula icing.
  6. Siap untuk dimakan.

Mudah sahaja kan nak buat Donut Ball Cheese Leleh ini? Sekali buat terus jatuh cinta tau. Lebih-lebih lagi jika anda semua seorang yang gemar akan keju. Mungkin donut kecil dan bulat ini boleh jadi menu kegemaran anda selepas ini.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: La’ Dolce Resepi

Baca juga: Resepi Rahsia Uli Donut Dengan Tangan Tapi Hasilnya Gebu Sangat, Guna 4 Bahan Je

tags: |