Mayonis, merupakan sejenis bahan makanan tambahan yang membantu menaikan selera kita. Lebih-lebih lagi ketika makan makanan yang bergoreng seperti sosej, daging burger, nugget dan lain-lain makanan.
Apabila makanan bergoreng tersebut dicicah dengan mayonis, rasanya menjadi lebih enak dan sedap. Selain dicicah dan dimasukkan ke dalam telur goreng, mayonis juga boleh dimasukkan ke dalam adunan donut.
Mayonis ini dapat membantu donut yang dibuat lebih gebu dan lembut tau. Malah rasanya juga lebih sedap berbanding donut biasa. Tak pernah dengar lagi kan mayonis dimasukkan ke dalam donut? Namun kali ini, anda perlu mencubanya sendiri di rumah tau.
Nak cuba buat donut mayonis ini sekarang? Jom kita ikuti perkongsian resepi Zuhie Syafakillah ini.
Cara Mudah Buat Donut Mayonis. Lebih Gebu, Lembut & Enak!
Bahan yang diperlukan:
Bahan A
- 1 paket yis mauripan
- 40 ml air suam
- 2 sdm gula
Bahan B
- 350 gm tepung gandum
- 2 sdm susu pekat manis
- 2 sdm mayonis
- 3 sdm minyak masak
- Secubit garam
Cara penyediaan:
- Satukan bahan A dan tunggu sehingga berbuih.
- Kemudian gaulkan semua bahan B kemudian masukkan bahan A sedikit demi sedikit.
- Uli adunan tersebut sehingga lembut. Kalau agak lembik, boleh tambah tepung secukupnya.
- Kemudian perapkan doh dan biarkan dia naik sekali ganda.
- Tumbukkan untuk buang angin.
- Selepas itu bentukkan dan biarkan naik sekali ganda lagi.
- Setelah itu, gorenglah dalam minyak panas yang banyak. Pastikan api yang digunakan perlahan.
- Siap untuk dihidangkan.
Selain itu, jom kita tengok pula tips buat donut susu, memandangkan donut susu ini juga turut viral sekarang.
Resepi donut susu
Bahan-Bahan :
- 250g tepung high protein
- 1 biji kuning telur
- 120ml-150ml susu full cream (letak sikit-sikit sebab jenis tepung kadang tak sama)
- 1 sudu besar susu tepung fernleaf full cream
- 40g gula
- 30g mentega
- 2-3g yis
Cara penyediaan :
- Masukkan susu full cream dan telur dalam bread maker.
- Masukkan tepung, susu tepung dan gula. Setkan masa uli lebih kurang 45 minit.
- Ketika 10 minit pertama, masukkan mentega. Pada 10 minit terakhir barulah masukkan yis dan uli sampai yis sebati dengan doh.
- Selepas dah uli, anda boleh rounding dan bentukkan doh ikut berat yang diingini.
- Doh tak boleh terlalu lembik sebab akan menyerap minyak, kalau terlalu keras, donut akan keras. Cukup sekadar tak melekat di tangan dan mudah untuk dirounding atau dibentuk.
- Sebelum nak goreng donut, anda perlu pastikan yang doh tak melekat di tangan dan rasa ringan bila diangkat.
- Bila ditekan guna jari, doh akan lambat memantul ke bentuk asal dan kesan jari tu masih ada sikit saja. Kalau tak ada kesan jari, masih belum boleh goreng sebab masih underproof, kalau overproof doh tak kan memantul ke bentuk asal.
- Api kena perlahan dan minyak kena panas, goreng donut dengan cara satu kali balik.
Tips penting donut susu:
- Untuk salutan, guna sukatan 2:1, 2 sudu besar susu tepung dan 1 sudu besar gula kastor, kisar dan salutkan donut bila dah suam sejuk.
- Donut susu sedia untuk dinikmati.
Mudah sahaja kan nak buat donut mayonis dan donut susu ini? Jangan lupa ya cuba sendiri di rumah. Memang kini donut-donut ini menjadi kegilaan ramai suri rumah tau. Sangat sedap dan mudah. Lebih-lebih kalau letak mayonis, memang gebu lain macam lah.
Semoga bermanfaat & selamat mencuba!
Kredit: Zuhie Syafakillah & Nurul Ijlah
Baca juga: Tips Siang & Cara Goreng Ikan Keli Supaya Rangup & Sedap. Barulah Tak Hanyir Dan Muak!