Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Gabin Cheese Leleh, Guna Biskut Tawar Je Lagi Rangup & Sedap

Cara Buat Gabin Cheese Leleh, Guna Biskut Tawar Je Lagi Rangup & Sedap

Kategori:
gabin cheese leleh

Gabin cheese leleh adalah menu yang sangat famous dari seberang. Biasanya mereka menggunakan singkong atau ubi kayu yang disagat. Namun, anda boleh ubah dengan menggunakan biskut tawar. Apabila patahkan gabin nampak cheese leleh sebab masih panas dan biskut tawar rasa rangup. Tentu anak-anak anda suka.

Anda boleh guna mana-mana sahaja biskut tawar tetapi kalau nak rasa lebih sedap korang boleh buat dengan biskut tawar berjenama hup seng. Jom lihat cara-cara membuat gabin cheese leleh yang dikongsikan oleh Julia ALeen Aireish di Cookpad.

Resepi Gabin Cheese Leleh & Rangup

BAHAN-BAHAN

  • 16 keping Biskut tawar hup seng
  • 100gm gula **
  • 350ml air **
  • 2 biji kuning telur **
  • 35ml santan **
  • 25gm susu tepung **
  • 1/4 sudu kecil garam halus **
  • 165gm tepung gandum **
  • 40gm mentega / marjerin **
  • 4 keping keju cheddar – dipotong 4
  • 2 biji putih telur – untuk celupan
  • Bijan putih secukupnya – optional

CARA PENYEDIAANNYA

  1. Dalam kuali/periuk satukan semua bahan bertanda ( ** ) dan kacau sekata.
  2. Buka api dan masak hingga likat terus masukkan mentega dan kacau sebati, tutup api.
  3. Masukkan ke dalam piping bag gunting hujungnya.
  4. Ambil sekeping biskut picit di atasnya, letak cheese dan tutup dengan sekeping lagi biskut. Buat kemasan di tepi biskut.
  5. Panaskan minyak, celup ke dalam putih telur dan goreng sehingga warna keemasan. Angkat dan letak atas tisu supaya tidak berminyak, sedia dinikmati.

Nota :

  • Jika suka taste pandan boleh letak pes pandan.
  • Goreng jangan balik banyak kali, balik sekali sahaja supaya tidak terlalu berminyak.

Nampak sedap dan mudah je kan nak buat ni? Makan jarang-jarang boleh la ya sebab ianya berminyak. Makan pada waktu petang bersama keluarga tentu syok. Jadi tunggu apa lagi, selamat mencuba!

Kredit foto dan resepi: Julia Aleen Aireish

Baca Juga: Resepi Biskut Tawar Homemade Lemak Berkrim & Rangup

 

 

tags: | |