Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Gulai Kuning Ikan Ayo Resipi Mok, Biar Kuah Jadi Lagi Pekat & Rasa Makin Mantap

Cara Buat Gulai Kuning Ikan Ayo Resipi Mok, Biar Kuah Jadi Lagi Pekat & Rasa Makin Mantap

Kategori: ,
gulai kuning ikan ayo

Jika korang berkunjung ke negeri Kelantan ataupun menetap di sana, pasti gulai kuning ikan aya menjadi sajian yang tidak asing lagi. Ia banyak diijual di kedai-kedai makan dan warung tepi jalan terutamanya ketika waktu sarapan.

Apa yang menjadikan gulai ikan aya ataupun dipanggil gulai ikan tongkol ini sedap, kepekatan kuahnya yang diganding dengan nasi dan sambal belacan memang memikat hati sesiapa sahaja yang memakannya. Sarapan dekat Kelantan ni, kalau tak ada nasi tak sah.

Kalau sesiapa yang tak tahu nak dapatkan gulai kuning ikan ayo yang power kuahnya, buat sendiri je dekat rumah. Ikut resepi dan perkongsian daripada Afy Al Habibi ni. Memang tengok kuah dia pun dah tahu power kan?

Menurut Afy, cara masak yang dikongsi ini adalah dari mok atau ibunya. Cara orang-orang tua dulu. Hasilnya memang dijamin sedap teruk. Jom buat bersama!

Cara Buat Gulai Kuning Ikan Ayo Resipi Mok, Biar Kuah Jadi Lagi Pekat & Rasa Makin Mantap

gulai kuning ikan ayo

Bahan-Bahan (Kisar):

  • 7 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 hiris bulat nipis lengkuas
  • 3 inci kunyit hidup
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 3 sudu besar cili kering kisar

Ikan Ayo (1kg) Saiz Besar – Rebus Bersama Bahan Di Bawah:

  • 3 sudu besar garam
  • 1 keping nisse (gula kerek/gula nisan)
  • 4-5 hiris nipis lengkuas
  • 3 hiris nipis halia
  • 6 keping asam gelugur

Cara Penyediaan:

  1. Masuk ikan dalam periuk, tambah air separuh dari sukatan ikan. Rebus sehingga masak. Jangan terlalu lama takut isi hancur, Dah masak ketepikan dahulu.
  2. Masukkan bahan kisar dalam periuk. Tambahkan santan pekat asli 1/2 kg. Masukkan air, sukat ikut kuantiti santan; contoh Mok guna santan dari dalam plastik. Mok sukat ikut kunatiti santan tadi.
  3. Masukkan juga air rebusan ikan 2 senduk.
  4. Masak atas api dapur. Perasakan dengan garam, gula dan perisa ikut citarasa. Yang ni Mok lupa nak sebut banyak mana. Mok kira agak-agak kena dengan tekak. Seimbang rasa masin manis sahaja.
  5. Selepas kuah mendidih, susun ikan tadi dalam periuk gulai.
  6. Ambil juga 2 kepingan asam keping dari rebusan ikan tadi, masukkan dalam periuk.
  7. Tambah potongan timun batang, kacang panjang dan 3 tangkai lada solok Siam.
  8. Tutup api selepas 10 minit.

gulai kuning ikan ayo gulai kuning ikan ayo gulai kuning ikan ayogulai kuning ikan ayo

Tip Gulai Kuning Ikan Ayo Makin Sedap & Pekat

  • Orang Kelantan biasa guna ikan ayo putih aatau tongkol kayu untuk isi lebih sedap dan pejal.
  • Rebus ikan awal sehari untuk isi ikan terasa sedap seehingga ke tulang.
  • Tambah air rebusan ikan dalam kuah gulai.
  • Nak kuah pekat dan sedap, buat gulai pada waktu malam. Kemudian panaskan keesokannya.
  • Bungkus nasi panas bersama dengan kuah dan biarkan setengaha jam sebelum dibuka. Padankan dengan ayam goreng, sambal dan timun batang sebagai pelengkap hidangan.

Selamat mencuba &  menikmati gulai kuning ikan ayo yang kick ini semuanya!

Sumber: Afy Al Habibi

Baca juga: Resepi Ayam Bakar Tomyam, Letak Bahan-Bahan Ni Hidangan Jadi Sedap & Punya Rasa Berbeza

tags: | |