Jom cuba resepi rahsia cara buat jamu homemade di rumah. Yang penting hanya perlu guna bahan yang ada di dapur. Memang jimat banyak dari beli. Banyak khasiatnya yang tersendiri untuk wanita jika diamalkan selalu. Jangan lupa minum air masak banyak-banyak selepas minum jamu ni.
Cara Buat Jamu Homemade, Lebih Jimat & Banyak Khasiatnya Untuk Wanita
Bahan-bahan:
- Manjakani – 1 paket
- Halba – 1 paet
- Kunyit dalam 5 ketul*
- Halia seketul*
- Serai 5 batang – diketuk
- Gula manisan 2 ketul / gula melaka 1 ketul besar
- Asam jawa 2 genggam – campur dengan air segelas peras ambil air tapis
- Air 4 cawan
Cara-cara:
- Kisarkan bahan yang bertanda (*).
- Masukkan semua bahan dalam periuk. Didihkan sehingga jadi pekat.
- Kemudian sejukkan dan tapis sebelum masukkan dalam botol.
- Saimpan dalam ais, bila nak minum ambil 1/2 gelas pagi dan malam.
- Jangan lupa minum air masak banyak-banyak.
Kredit: Hani Madu