Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Kentang Putar Guna ‘Fries’ McD Yang Dah Lembik, Yang Pasti Lebih Sedap & Menyelerakan!

Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Kentang Putar Guna ‘Fries’ McD Yang Dah Lembik, Yang Pasti Lebih Sedap & Menyelerakan!

Kategori: ,
thumnail McD

Fries‘ adalah antara menu wajib yang dipesan bila pergi ke restoran makanan segera McDonalds atau nama singkatannya McD. Namun bila fries dah order banyak, ada pula yang tak habis dan terbiar sejuk sehinggakan fries yang dah lembik itu terpaksa dibuang ke dalam tong sampah.

Untuk pengetahuan semua, sebenarnya fries yang dah lembik boleh buat macam-macam menu lain. Salah satu daripadanya kentang putar atau dipanggil mashed potato.

Menerusi satu video di laman sosial media TikTok, seorang lelaki berkongsi resepi mashed potato dengan menggunakan fries McD sebagai bahan utama. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat mashed potato ini juga sangat simple.

Cara Buat Kentang Putar Guna ‘Fries’ McD Yang Dah Lembik

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Bawang putih
  • Mentega
  • Susu cair
  • Kentang goreng
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada putih
  • Daun parsley (untuk hiasan)

Cara-cara memasak:

  1. Masukkan bawang putih dan mentega.
  2. Kemudian masukkan susu cair dan kentang goreng. Kacau-kacau.
  3. Seterusnya masukkan serbuk lada hitam dan serbuk lada putih.
  4. Masukkan sedikit lagi susu cair dan blend. Siap!
  5. Untuk lagi sedap curahkan sos blackpepper dan taburkan daun parsley untuk hiasan.
@aniqclone

Mash potato mcd 🍟. Btw mcm mana nk masuk fyp?🤔

♬ Acoustic Guitar Stroll – Dow Brain

@aniqcloneMash potato mcd 🍟. Btw mcm mana nk masuk fyp?🤔♬ Acoustic Guitar Stroll – Dow Brain

Kepada yang selalu tak habis fries tu boleh la cuba buat kentang putar macam lelaki ni. Dengan mencuba resepi ini, ianya tidak akan membazir dan sangat menjimatkan. Anak-anak pun akan suka dan makan dengan lazatnya.

Jom Cuba Sekarang!

Kredit: aniqclone

Baca juga: Harga Kaki Lima Tapi Rasa ‘Five Star’, Ini Dia Cara Mudah Buat Sos Black Pepper Premium!

tags: | |