Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Cara Buat ‘Kerepek Labu’, Lemak-Lemak Manis Rasanya Walau Tanpa Garam, Memang Sedap!

Wanita Ini Kongsi Cara Buat ‘Kerepek Labu’, Lemak-Lemak Manis Rasanya Walau Tanpa Garam, Memang Sedap!

Kategori: ,
cara buat kerepek labu

Labu merupakan buahan yang sangat terkenal di seluruh dunia. Rasanya yang manis-manis berlemak memang enak dimasak sayur dan dibuat kuih. Antara hidangan lain yang boleh kita buat dengan buah Labu ini adalah Kerepek Labu. Memang jarang orang buat kan? Tapi ada seorang wanita yang kongsikan resepi Kerepek Labu ini. Rasanya yang lemak-lemak manis walau tanpa garam memang mengasyikkan.

Wanita Ini Kongsi Cara Buat ‘Kerepek Labu’, Lemak-Lemak Manis Rasanya Walau Tanpa Garam, Memang Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • Labu
  • Minyak masak

CARA PENYEDIAAN:

  1. Potong labu ikut lekok labu.
  2. Pastikan buang biji dan kupas kulit. Jangan tebal sangat dikupasnya, agak-agak masih ada warna hijau tu.
  3. Sagat labu nipis-nipis menggunakan penyagat.
  4. Siap sagat, basuh dan toskan. Tak perlu rendam air garam. Basuh begitu sahaja.
  5. Lapikkan tisu dapur atas talam. Kemudian letakkan labu yang ditoskan tadi dalam alam tersebut.
  6. Kemudian jemur. Jemur agak-agak kering je. Setengah jam atau satu jam. (Fungsi jemur adalah nak bagi kerepek rangup)
  7. Apabila dah siap jemur boleh goreng dengan api yang sederhana sahaja.
  8. Agak kekuningan boleh angkat dan sejukkan.
  9. Sudah sejuk masukan dalam balang.
  10. Siap untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Nomie Harun Via MAHN

Baca juga: Cara Buat Kerepek Ubi Pedas Basah, Sedap Sangat Ni. Tengok TV Sambil Mengunyah Ni Memang Asyik

tags: | |