Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Anak Susah Makan Sayur? Ini Cara Buat Kerepek Sayur Terung Biar Lagi Sedap & Rangup! Memang Kena Cuba!

Anak Susah Makan Sayur? Ini Cara Buat Kerepek Sayur Terung Biar Lagi Sedap & Rangup! Memang Kena Cuba!

Kategori: ,,
kerepek sayur terung

Biasanya kita buat kerepek menggunakan pisang kan? Tapi kali ini, jom kita gunakan terung untuk rasai kenikmatan yang menakjubkan. Memang kalau yang tak pernah rasa, kena rasa dan cuba. Seperti gambar di atas, tengok kerepek terung ni pun kita dah tahu rasanya sedap, kan? Resepi ini dinamakan kerepek sayur terung rangup!

Garing dan rangup pastinya! Hidangan macaam ni bukan sahaja boleh jadi lauk tapi juga kudap-kudapan. Jika ada anak yang tak suka makan sayur, boleh cuba buat kerepek terung ini untuk ajar mereka makan sayur. Buat Kerepek Terung Rangup, Kudapan Sedap Untuk Ajar Anak Makan Sayur

Cara inilah yang dipraktikkan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar dan dikongsi di Facebooknya. Ujar beliau, ini adalah satu kudapan berasas sayur yang dibuat untuk hidangan petang anak-anak. Ia menu yang dihidang untuk ajar mereka suka makan sayur. Sedap dan rangup, sekejap saja kerepek sayur terung rangup dah habis, katanya.

Anak Susah Makan Sayur? Ini Cara Buat Kerepek Sayur Terung Biar Lagi Sedap & Rangup! Memang Kena Cuba!

Bahan-Bahan:

  • Terung (pastikan yang keras, jika lembik tak menjadi)
  • garam
  • serbuk kunyit
  • tepung jagung / tepung bestar
  • serbuk cili

Cara Penyediaan:

  1. Sediakan terung, pastikan yang keras. Jika lembik, tak menjadi.
  2. Potong terus nipis-nipis.
  3. Kemudian gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit.
  4. Seterusnya, tabur tepung jagung dan gaul hingga bersalut dengan terung. Tepung ini tak perlu bancuh dengan air (air dari terung akan melekatkan tepung). Jika nak pedas, gaulkan sekali dengan serbuk cili hingga rata.
  5. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga keemasan.

kerepek sayur terung kerepek sayur terung kerepek sayur terung

Nota: Boleh juga guna tepung Bestari. Jika guna tepung ini, tak perlu tambah garam, serbuk kunyit atau tepung jagung. Rasanya memang dah sedap.

Dah siap kerepek sayur terung rangup kita! Boleh cuba nanti. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua dan selamat mencuba!

Sumber: Wan Muhammad Hafiz Satar 

Baca juga: Resepi Capati Guna Tepung Gandum Je! Paling Mudah Juga Sedap! Makan Dengan Sambal & Kari

tags: | |