Kuey Teow merupakan antara menu yang paling disukai ramai. Ianya boleh digoreng atau dimasak kuey teow ladna atau kungfu. Namun, tentu ramai ibu-ibu diluar sana yang berasa was-was untuk beli di kedai. Anda jangan risau, anda boleh je buat kuey teow sendiri di rumah. Boleh tentukan berapa banyak yang korang nak dan yang paling penting dijamin halal dan bersih.
Jom kita cuba buat kuey teow sendiri di rumah, boleh lihat resepi yang dikongsikan oleh Fiza MH di Facebook. Anda tidak perlu lagi beli di kedai, buat je sendiri tentu puas hati!
Resepi Kuey Teow Homemade, Mudah Dan Jimat
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung ubi
- 1 1/2 cawan air
- Sedikit minyak sayuran
- Loyan untuk mengukus
CARA PENYEDIAANNYA:
- Sediakan kukusan. Saya guna kuali je.
- Satukan tepung beras, tepung ubi dan air. Kacau rata jangan sampai bergentel.
- Sementara itu, griskan loyang pengukus dengan minyak sayuran.
- Tuang sesenduk adunan ke dalam loyang. Pastikan semua ruang loyang dipenuhi adunan dengan menggoyang-goyangkan loyang tadi (guna senduk lauk tu).
- Kemudian, kukus sehingga masak dalam lebih kurang 7-10 minit.
- Biarkan sejuk sekejap, kemudian griskan permukaan kuey teow dengan minyak sayuran tadi.
- Keluarkan ia dari loyang dan susun bertindan. Ulangi proses ini sehingga selesai.
- Sapukan permukaan pisau dengan minyak. Kemudian boleh dipotong mengikut saiz yang anda suka.
- Siap!
Tips Untuk Dapatkan Kuey Teow Yang Cantik Dan Nipis
- Semasa memotong kalau pisau anda pendek, anda boleh lipat dua lempeng kuey teow tersebut. Senang sikit nak potong.
- Yang saya buat ni agak tebal sedikit. Mungkin anda boleh tambah air sedikit untuk lebih nipis.
Senang je ruapanya nak buat kuey teow ni. Lepas ni tak perlu bersusah payah nak pergi beli di kedai. Buat je sendiri kat rumah. Lagi jimat dan puas hati. Diyakini halal dan bersih pulak tu.
Selamat Mencuba!
Kredit foto & resepi: Fiza MH Via MAHN
Baca Juga: Cara Buat Kuey Teow Celup Daging Ala Boat Noodle, Lebih Jimat Dan Rasanya Pun Sedap!