Rupa-rupanya nak buat kuih bahulu ni senang sahaja, tiada lah susah sangat. Hanya dengan 3 bahan sahaja dah jadi kuih bahulu yang sedap. Resepi bahulu ini dikongsi oleh seorang wanita di laman facebook MAHN.
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan telur gred C
- 2 cawan gula
- 2 cawan tepung gandum | di sangai
CARA PENYEDIAAN :
- Pukul telur dan gula sehingga kembang, putih dan ringan.
- Masukkan sedikit demi sedikit, kacau sebati.
- Panaskan oven, masukkan acuan bagi betul-betul panas. Keluarkan kemudian sapu sedikit minyak pada acuan.
- Masukkan adunan dan bakar pada suhu 200 darjah selama 7-8 minit. Ikut oven masing-masing.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Roslina Omar Via MAHN
Baca juga : Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Buat Kuih Tradisional Tepung Gomak Atau Abuk-abuk
“Bantu BeriMakan Fakir Miskin Sempena Ramadhan Ini Di donation.dailymakan.com“