Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kuih Muih » Cara Buat Kuih Keria Gula Melaka Yang Mudah & Sedap

Cara Buat Kuih Keria Gula Melaka Yang Mudah & Sedap

Kategori:
Kuih Keria Gula Melaka Yang Mudah

Sedapnya kuih keria gula melaka ni. Biasa beli je kan kalau nak makan. Ini dia resepi mudah perkongsian oleh Angah Norsiah cara buat kuih keria gula melaka yang mudah dan semestinya sedap! Jom cuba, buat sendiri lagi jimat dan boleh makan puas hati. 

Cara Buat Kuih Keria Gula Melaka Yang Mudah & Sedap

Bahan-bahan:

  • 1 kg keledek putih | Direbus dengan sesudu garam hingga embuk, sejukkan dan penyek lumat.
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu makan tepung beras*
  • 1 sudu teh baking powder *

Cara-cara:

  1. Ayakkan bahan bertanda (*).
  2. Satukan keledek dengan tepung. Uli jadi doh sedikit, letak sedikit majerin cair dan uli sehingga menjadi licin.
  3. Ambil sedikit doh, bulatkan sebesar bola ping pong. Kemudian buat lubang guna jari. Buat sehingga adunan habis.
  4. Sementara itu, panaskan minyak. Bila minyak dah panas, goreng keria hingga kekuningan @ berwarna coklat.
  5. Sebelum keria diangkat, cairkan seketul gula melaka bersama 4 sudu air dan 1 sdt gula pasir. Pastikan gula melaka dihancurkan terlebih dahulu. Masak atas api sederhana.
  6. Bila gula berbuih di tengah-tengah, angkatkan keria dan toskan. Kemudian masukkan dalam kuali air gula melaka tadi. Gaul sebati.
  7. Bila gula hampir kering, matikan api dan gaul lagi.
  8. Tuangkan ke atas dulang.

Siap! Selamat mencuba.

 

tags: