Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Buat Kuih Ropa, Kuih Rare Dari Terengganu Dengan Inti Ikan Paling Sedap

Ini Cara Buat Kuih Ropa, Kuih Rare Dari Terengganu Dengan Inti Ikan Paling Sedap

Kategori: ,
Kuih Ropa

Kuih ropa atau kuih lipat atau dipanggil juga roll pie ini adalah kuih tradisional orang Terengganu.

Kulitnya seakan ketayap dan intinya pelbagai. Mungkin ia dianggap ‘rare’ dan tidak berapa dikenali oleh orang luar, tetapi bagi anak Terengganu kuih ini cukup popular.

Kuih ropa ada macam-macam jenis inti. Antara yang sedap dan dan digemari ramai adalah ropa inti ikan dan ropa inti daging.

Menerusi perkongsian resipi daripada Muliadi Ramli ini, cara membuat kuih ropa adalah sama dengan pembuatan kuih ketayap.

Cara Buat Kuih Ropa Inti Ikan

Bahan-bahan:

  • 5 ekor ikan selayang
  • 5 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1  inci halia
  • 1 sudu besar halia
  • 1 kotak kecil santan
  • gula, garam & perasa secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan di  dalam kuali  dann masak hingga kering atau lembap, ikut citarasa dan ketepikan. Kuih Ropa

Bahan untuk kulit ropa:

  • 300 gram  tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 600 ml air
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil pewarna kuning

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan dalam satu bekas, kacau rata. Kemudian kisar semua bahan.
  2. Kemudian gunakan pan atau  kuali tak melekat. Ambil satu senduk tuang dan ratakan atas kuali. Macam buat kulit ketayap.
  3. Dah masak, angkat. Ulang sampai habis adunan.
  4. Ambill kulit yang siap dan isikan inti ikan di tengah. Lipat jadi empat segi memanjang seperti kuih popia.
  5. Kemudian goreng kuih ropa ini menggunakan sedikit minyak. Angkat dan tos, sedia dihidangkan. Kuih Ropa Kuih Ropa

Dah siap kita punya Kuih Ropa dari Terengganu. Selamat mencuba!

Sumber: Muliadi Ramli

Baca juga: Resipi Daging Halia Versi Cina Muslim, Senang & Sedap. Bahan Pun Mudah!

tags: | |