Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Kunafah Homemade, Pencuci Mulut Arab Yang Sedap & Sangat Digemari Ramai. Tak Muak Pun Bila Makan

Cara Buat Kunafah Homemade, Pencuci Mulut Arab Yang Sedap & Sangat Digemari Ramai. Tak Muak Pun Bila Makan

Kategori: ,
KUNAFAH HOMEMADE

Makin hari pencuci mulut dari negara Arab iaitu Kunafah makin dikenali. Bagi penggemar keju, semestinya mereka beria untuk mencubanya. Kini, ia boleh didapati di beberapa restoran dan pasaraya dengan harga yang berpatutan.

Dari rupanya, ramai yang menyangka bahawa penyediaan pencuci mulut itu agak rumit dan memakan banyak waktu. Tidak juga! Dengan beberapa bahan sahaja, anda boleh menyediakan Kunafah homemade sendiri di rumah. Ikuti resepi ringkas yang telah dikongsikan oleh Nurul Jannah di grup Masak dan Deko Hari Ini (MDHI), tentu Kunafah anda akan mejadi dengan langkah-langkah yang telah ditetapkan.

Resepi Kunafah Homemade

Bahan-Bahan

  • 300g doh Kataifi
  • 1/2 cawan metrik minyak sapi
  • 300g blok keju mozzarella
  • Kacang pistachio

Bahan Sirap Ros

  • 2 cawan air
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu besar perahan jus lemon
  • 1 hingga 2 sudu besar air mawar (dapatkan di sini)

Cara  Penyediaan

  1. Sediakan bahan sirap ros dalam periuk dan masak di atas dapur sehingga sedikit likat. Siap dah boleh sejukkan.
  2. Kemudian, carik-carikkan doh kataifi, masukkan minyak sapi dan sebatikan.
  3. Untuk lapisan pertama, masuk dalam loyang spring form separuh doh kataifi dan lapisan kedua, susun keju mozzarella blok. Buat lapisan ketiga, tutup dengan baki doh kataifi dan padat-padatkan.
  4. Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 150 darjah selama 35 minit. Bila dah siap, sejukkan sekejap dan tuang sirap ros yang sudah sejuk tadi. Hias dengan kacang pistachio.
  5. Potong pada bahagian ikut suka dan siap untuk dinikmati. KUNAFAH HOMEMADE KUNAFAH HOMEMADE KUNAFAH HOMEMADE KUNAFAH HOMEMADE

Memang ringkas sahaja resepi Kunafah homemade ini. Dengan menggunakan oven sahaja, sudah tentu proses penyediaannya menjadi mudah. Dengan adanya sirap rosnya juga, anda tak akan cepat muak bila memakan pencuci mulut ini. Sangat sedap dan menyelerakan.

Selamat mencuba.

Kredit: Nurul Jannah di grup Masak dan Deko Hari Ini (MDHI)

Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Dreamy Pastel Bread Yang Bukan Saja Cantik Dilihat, Tapi Gebu & Sedap Bila Dimakan

 

 

tags: |