Pernah tak anda tengok orang China dalam segmen mukbang ada makan sesuatu seperti petai. Sesuatu tersebut sedikit kehijauan dan sangat ranggup. Pasti anda tertanya-tanya apakah itu kan? Ia adalah bawang putih jeruk dan dikenali dengan nama Laba Suan atau Laba Garlic.
Laba Garlic ini akan dibuat pada hari kelapan (LaBa) dalam bulan ke 12 dalam kalendar lunar China. Ia dianggap sebagai hari paling sejuk di China Utrara. Kebiasaannya ia akan dihidangkan bersama daging atau makanan berminyak. Tidak dinafikan, Laba Garlic ini mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Ia dipercayai mampu memperbaiki sistem penghadaman, anti penuaan serta anti kanser.
Nak cuba buat Laba Garlic ini? Jom kita ikuti cara yang dikongsikan oleh AJ Idris. Sangat mudah dan pastinya ranggup serta enak.
Nota: Sekali dah buka, kena simpan dalam peti sejuk ya.
Mudah sahaja kan nak buat Laba Garlic ini? Jadi selepas ini bolehlah cuba sendiri dekat rumah. Bahan yang diperlukan juga tidak banyak dan sangat mudah untuk didapatkan. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula menjeruk sekarang.
Kredit: AJ Idris Via MAHN
Baca juga: Letak Dalam Sup Sedap Tapi Dah Tau Ke Minyak Bawang Putih Pun Ada Baiknya? Wajib Tahu!