Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Lasagna Dengan Menggunakan Roti Gardenia. Serius Sedap & Menjimatkan Masa!

Cara Buat Lasagna Dengan Menggunakan Roti Gardenia. Serius Sedap & Menjimatkan Masa!

Kategori: ,
LASAGNA ROTI GARDENIA

Selain dari pizza dan spaghetti, lasagna juga merupakan makanan Itali yang sudah dikenali ramai. Tak ramai yang tahu, sebenarnya lasagna merupakan sejenis hidangan pasta yang dibakar dengan inti daging, sos tomato, sos putih dan ditabur dengan keju.

Walaupun memerlukan proses penyediaannya agak memakan masa, namun hidangan itu sangat enak. Sebenarnya ada sahaja cara mudah dan jimat. Nak tahu? Jom baca resepi lasagna roti gardenia yang dikongsikan oleh Wahida Zakaria.

Resepi Lasagna Roti Gardenia

Bahan-Bahan

  • Roti gardenia
  • Keju Mozzarella

Bahan Inti

  • 400 gram daging kisar
  • 1 tin sos Prego spaghetti
  • 1 tin kecil tomato puree
  • Sos cili
  • 1 biji bawang holland (dicincang)
  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • Cendawan butang
  • Italian herbs atau mixed herbs
  • Serbuk lada hitam
  • Sedikit garam

Bahan Sos Putih

  • 5 sudu besar butter
  • 3 sudu tepung gandum
  • 500ml fresh milk
  • 2 keping keju

Cara Penyediaan Inti

  1. Tumiskan bawang holland dengan bawang sampai naik bau.
  2. Masukkan daging kisar, masak sampai empuk. Boleh masukkan sedikit air supaya cepat masak.
  3. Masukkan sos prego, tomato puree dan sos cili. Lepas itu, masukkan cendawan butang dan kacau.
  4. Perasakan dengan garam, lada hitam dan Italian herbs.
  5. Siap dan ketepikan.

Cara Penyediaan Sos Putih

  1. Cairkan butter dalam kuali.
  2. Masukkan tepung gandum dan kacau, jangan sampai berketul. Pastikan api perlahan.
  3. Masukkan susu dan kepingan keju. Kacau sampai sebati dan keju cair.
  4. Sos siap apabila ianya telah pekat.

Cara Penyediaan Lasagna Guna Roti Gardenia

  1. Gelek roti sampai nipis dan celup dengan susu fresh milk. Susun dalam loyang.
  2. Susun selang seli. Roti, inti, sos puih dan buat buat berlapis. Lapisan atas sekali biar sos putih.
  3. Lepas itu, taburkan keju mozzarella. Lagi banyak keju lagi sedap.
  4. Bakar pada suhu 150C dalam 30 hingga 40 minit atau sampai bahagian atas perang.
  5. Siap untuk dinikmati!

LASAGNA ROTI GARDENIA

LASAGNA ROTI GARDENIALASAGNA ROTI GARDENIADengan menggunakan roti gardenia sahaja, memang menjimatkan masa kita di dapur. Tak ada lah sampai berjam-jam di dapur nanti. Mudah saja resepi lasagna roti gardenia ini, kan?

Jom ke dapur dan cuba!

Kredit: Wahida Zakaria

Baca Juga: Cara Buat Lasagna Yang ‘Moist’ & Tidak Kering, Guna Instant Lasagna Je Tak Perlu Rebus!

tags: |