Cendawan kukur atau dikenali juga dengan nama cendawan sisir merupakan cendawan yang tumbuh dari kayu reput. Namun di Malaysia, cendawan kukur ini sering ditemui pada pokok getah. Walaupunbegitu, tak ramai yang tahu bahawa cendawan jenis tidak beracun dan boleh dimakan.
Ianya sangat enak jika dibuat masak lemak cili api dan kebiasaannya ia dihidangkan pada musim hujan. Nak cuba buat Masak Lemak Cili Api Cendawan Kukur ini? Jom ikuti resepinya di bawah ini.
Resepi Masak Lemak Cili Api Cendawan Kukur Yang Mudah & Sedap!
Bahan-bahan:
- 200g kulat sisi/cendawan kukur
- 1 ikat pucut paku
- 15 biji cabai kampung*
- 2 inci kunyit hidup*
- 1 genggam ikan bilis*
- 2 batang serai (dititik)
- 1/2 helai daun kunyit (hiris halus)
- 1 cawan santan segar
- 10 ekor udang
- 2 keping asam gelugor
- Garam, gula dan air
Cara Penyediaan:
- Kisarkan semua bahan-bahan bertanda * dengan air. Masukkan semua bahan kisar dalam periuk dan panaskan. Resepi ini tak perlu minyak ya.
- Apabila bahan-bahan kisar mendidih, masukkan ulat sisir dan biarkan mendidih 2 atau 3 kali supaya kulat sisir betul-betul masak. Kalau kulat sisir tak masak betul akan rasa sikit pahit. Time ni kena masak lama sikit dan tambah air kalau kering.
- Seterusnya masukkan serai yang dititik, asam keping, pucuk paku dan udang.
- Apabila dah mendidih masukkan santan dan hirisan daun kunyit. Biarkan seketika dan tutup api.
- Akhir sekali jangan lupa masukkan gula dan garam sebagai pelengkap rasa.
- Siap sedia untuk dihidangkan.
Mudah sahaja kan Masak Lemak Cili Api Cendawan Kukur ini? Makan dengan nasi putih panas berserta ulam-ulaman pun padu juga kan. Kalau susah sangat nak temui sendiri, kadang kala ada je jual cendawan ini dekat pasar. Beli dan cubalah sendiri. Memang enak sungguh rasanya!
Selamat mencuba!
Kredit: M Firdaus Mansor
Baca juga: Jarang Jumpa Orang Buat, Popia Cendawan Enoki Rangup. Rasa Macam Sotong Tepung Pun Ada