Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Mini Burger Nugget Ayam Tempura, Kecil Molek Sesuai Dijadikan Bento Anak-Anak!

Cara Buat Mini Burger Nugget Ayam Tempura, Kecil Molek Sesuai Dijadikan Bento Anak-Anak!

Kategori:
resepi mini burger

Mini burger nugget ayam tempura ni memang comel. Kecil molep je. Kalau yang dah biasa buat roti tu mungkin boleh cuba resepi dekat bawah ini. Sangat-sangat sesuai untuk dihidangkan atau dijadikan bento buat anak-anak. Sedap pulak tu. Bukan anak-anak je suka nanti mak ayahnya sekali turut jatuh cinta!

Cara Buat Mini Burger Nugget Ayam Tempura, Kecil Molek Sesuai Dijadika Bento Anak-Anak!

BAHAN-BAHAN:

  • 500g tepung roti
  • 60g gula
  • 15g susu tepung
  • 1sk garam
  • 5g bread improver
  • 70g marjerin
  • 210ml air sejuk
  • 1 biji telur
  • 11g yis

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan semua bahan dalam breadmakers russel taylors.
  2. Tunggu dia uli, bila siap keluarkan dan bentukkan ikut roti apa yang kita nak. Macam roti burger ni saya guna ring. Doh 25g je.
  3. Tunggu kembang 2 kali ganda boleh bakar, saya guna oven thebaker 100l suhu 180 selama 20 minit.
  4. Bila dah siap bakar, boleh lah letak nugget, soso cili, mayonis dan sos cheese serta sayur.
  5. Siap untuk anak-anak makan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Mastura Razali Via MAHN

Baca juga: Syarikat Ramly Burger Jualannya Mencapai Berbillion Ringgit, Siapa Pemiliknya?

tags: | |