Cantik itu merupakan subjektif. Ada yang cantik begini, ada yang cantik begitu. Namun setiap orang pasti ingin kelihatan sentiasa cantik dan berseri-seri. Bukan sahaja sewaktu keluar rumah malah untuk tatapan suami juga. Dan sememangnya sekarang pelbagai produk kecantikan yang mempunyai pelbagai fungsi sudah ada dipasaran.
Namun apa yang membimbangkan adalah bahan yang dimasukkan ke dalam produk berkenaan. Kadangkala produk di pasaran ini banyak memberikan kesan buruk dimasa akan datang nanti. Jadi apa kata kita gunakan sahaja bahan semulajadi.
Seperti mana yang dikongsikan oleh wanita cantik ini di aplikasi TikTok, dia berkongsi cara untuk dapatkan kolagen secara semulajadi dengan hanya minum minuman air asam jawa yang mana hanya menggunakan 2 bahan sahaja. Iaitu asam jawa dan madu. Asam jawa ini memang sangat kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan.
Air campuran asam jawa dan madu ini bukan sahaja mencerahkan kulit malah ianya juga bagus untuk kesihatan dalaman. Anda boleh amalkan air ini 2 kali sehari. Menyihatkan dan sangat menjimatkan!
@queendalisyarina76Follow Queen unt Tip Kecantikkan dan kesihatan, petua dan skincare semulajadi#fypシ #berbagiilmu #tipskecantikan #petua #natural #naturalskincare♬ original sound – queendalisyarina (2)
@queendalisyarina76 Follow Queen unt Tip Kecantikkan dan kesihatan, petua dan skincare semulajadi#fypシ #berbagiilmu #tipskecantikan #petua #natural #naturalskincare
♬ original sound – queendalisyarina (2) – Queen | Pakar Skincare Natural
Mudah sahaja kan nak buat minuman kolagen semulajadi ini? Ikut sahaja cara yang dikongsikan oleh wanita ini. InshaAllah menjadi. Kos yang diperlukan murah sahaja. Jadi tungga apa lagi, jom kita cuba mulai hari ini!
Sumber : Tiktok Queendalisyarina76
Kredit : Amal Air Kunyit Asam Jawa Ini Jika Period ‘On Off’, Nak Awet Muda & Bertenaga Pun Kena Cuba!