Biskut Oreo sangat popular di kalangan semua lapisan masyarakat. Semenjak dahulu lagi ia sering menjadi biskut pilihan ramai. Selain dimakan dengan begitu sahaja, ia juga boleh menjadi inspirasi buat pelbagai jenis pencuci mulut.
Selain enak dijadikan cheesecake, korang juga boleh menggunakannya dalam resepi muffin strawberry oreo ini yang telah dikongsikan oleh Kak Long Azzu Riana. Terlampau mudah, jom baca perkongsiannya.
Wanita Ini Share Cara Buat Muffin Strawberry Oreo. Tekstur Gebu & Lembut, Bau Pun Sangat Wangi!
Bahan A (Kering)
- 2 cawan tepung naik sendiri
- 3/4 cawan gula perang (jika tiada guna saja gula halus)
- 1 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil baking powder
Bahan B (Basah)
- 1 cawan susu kotak perisa strawberry
- 1 biji telur
- 1/3 cawan minyak
- 1 sudu besar strawberry emulco – dapatkan di sini
- Beberapa keping biskut Oreo yang dihancurkan
- Inti strawberry – yang ini lebih sedap
Cara penyediaan
- Satukan kesemua bahan A tadi kecuali gula perang dalam satu bekas dan ketepikan.
- Di dalam bekas yang lain, kacau gula perang bersama susu segar sekadar untuk larutkan gula.
- Masukkan telur dan pukul manja.
- Masukkan minyak dan strawberry emulco, sebatikan.
- Masukkan bahan A ke dalam adunan bahan B dan kautkan balik menggunakan spatula atau whisk. Masukkan biskut oreo dan kaut balik.
- Isi 1.2 adunan ke dalam setiap cup.
- Dah selesai isi adunan ke dalam setiap cup, boleh la mula pipe filling strawberry kat atas muffin.
- Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit bergantung kepada oven masing-masing dan saiz cup yang kita gunakan. Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu, guna api atas bawah.
Memang mudah sahaja untuk menyediakan resepi muffin strawberry oreo ini, kan? Penggemar pencuci mulut wajib mencubanya. Rasa pun memang enak dan sesuai untuk minum petang.
Selamat mencuba resepi ini!
Kredit: Kak Long Azzu Riana
Baca Juga: Resepi Bako Pandan Filipina, Pemanis Mulut Paling Laris Musim Panas!