Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Nasi Air ‘Sebijik’ Sama Macam Di Golok, First Time Buat Pun Confirm Jadi!

Cara Buat Nasi Air ‘Sebijik’ Sama Macam Di Golok, First Time Buat Pun Confirm Jadi!

Kategori:
cara buat nasi air

Resepi cara buat nasi air ini perkongsian oleh Riyn Nisrien. Menurutnya, jika beliau pulang ke kampung pasti akan menikmati nasi air hasil air tangan orang Thailand sendiri. Tetapi disebabkan oleh keadaan sekarang, beliau cuba buat sendiri di rumah dan tak sangka kali pertama buat pun menjadi! Suami tak berhenti puji sedap dan siap bertambah. Ikuti resepi mudah dan ringkas di bawah.

Cara Buat Nasi Air ‘Sebijik’ Sama Macam Di Golok, First Time Buat Pun Confirm Jadi!

Bahan-bahan:

  • Beras nasi air/beras hancur
  • Isi ayam
  • Serbuk lada merah
  • Bawang goreng
  • Ikan bilis
  • Minyak bawang putih
  • Daun sup
  • Serbuk lada hitam
  • Telur masak separuh

Cara-cara:

  1. Kuantiti beras atas terpulang pada masing-masing. Bergantung pada kuantiti yang hendak dibuat. Kuanti air juga agak-agak sahaja.
  2. Rebus ayam bersama nasi atau boleh rebus asing.
  3. Bila dah menjadi nasi air atau bubur, tambahkan garam dan gula sikit. (nak bagi ada rasa je, bukan secukup rasa sebab nanti akan makan dengan bahan-bahan lain)
  4. Goreng bawang putih dalam minyak untuk membuat minyak bawang putih.
  5. Serbuk lada yang dah dibeli siap. Boleh juga guna cili flakes yang diblender kering.
  6. Telur tu buat separuh masak.
  7. Bahan-bahan lain boleh rujuk gambar. Boleh buat sendiri atau beli.
  8. Selamat mencuba!

Kredit: Riyn Nisrien

tags: |