Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Nekbat Terengganu Yang Mudah & Sedap, Menu Yang Limited Edition. Wajib Cuba!

Cara Buat Nekbat Terengganu Yang Mudah & Sedap, Menu Yang Limited Edition. Wajib Cuba!

Kategori: ,
cara buat nekbat terengganu

Nekbat Terengganu merupakan antara kuih Tradisional Melayu yang tersangatlah popular dalam kalangan rakyat atau penduduk di pantai timur, lebih-lebih lagi di Terengganu. Kuih ini akan menjadi lebih popular apabila tiba bulan puasa. Bentuknya seakan bahulu dan mempunyai rasa yang agak sama namun cara makannya berbeza dan pastinya lebih sedap.

Selepas kuih ini dibakar kita bakal memasaknya bersama-sama dengan air, gula dan juga daun pandan. Selain beli di kedai atau bazar Ramadan. Nekbat ini juga boleh dibuat sendiri. Caranya yang sangat mudah dan sedap pasti akan membuatkan anda menyukainya.

Resepi Nekbat Terengganu Yang Sedap Dan Menyelerakan!

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur gred A
  • 200 gram tepung beras
  • 1 sb Esen vanilla
  • Pewarna kuning

Cara Penyediaan:

  1. Pukul telur sampai kembang.
  2. Masukkan tepung beras sedikit demi sedikit.
  3. Kemudian masukkan esen vanilla dan pewarna. Kacau sebati. 
  4. Panaskan oven dan acuan. Kemudian sapukan minyak pada acuan tersebut.
  5. Apabila dah panas masukkan tepung ke dalam acuan. 
  6. Bakar dalam 10 ke 12 minit. Gunakan suhu 180C atau bergantung kepada oven masing-masing. Gunakan api atas dan bawah. 

Cara Hidangan:

  1. Masakkan air gula bersama daun pandan dan cengkih sehingga mendidih.
  2. Boleh letakkan sedikit pewarna kuning dalam air gula.
  3. Kemudian masukkan nekbat tadi dan tunggu sehingga nekbat tersebut sedikit kembang.
  4. Siap untuk dihidangkan. Untuk lebih sedap boleh masukkan dalam peti ais. 

Mudah sahaja kan nak buat Nekbat Terengganu ini? Kalau agak susah untuk menemui nekbat ini di pasaran, buat sendiri sahaja di rumah. Kalau nak bagi sedap jangan sesekali derhaka resepi ya. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula membuatnya sekarang.

Selamat mencuba!

Kredit: Muliadi Ramli 

Baca juga: Cara Buat Kuih Lompat Tikam Terengganu Yang Super Mudah. Sedap Pula Tu!

tags: |