Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » “Selalu Yang Hijau, Kali Ini Yang Biru…”, Cara Buat Onde-Onde Bunga Telang Yang Cantik Dan Sedap!

“Selalu Yang Hijau, Kali Ini Yang Biru…”, Cara Buat Onde-Onde Bunga Telang Yang Cantik Dan Sedap!

Kategori: ,
bunga telang

Keenakan onde-onde tidak dapat diragukan lagi kerana kelembutan dan kemanisan daripada gula melaka menjadi pemanis mulut yang lazat. Ada juga sesetengah negeri memanggil kuih onde-onde sebagai buah melaka. Kuih ini juga sesuai dibuat dengan warna bunga telang.

Ia merupakan kuih legend terutamanya pada bulan puasa. Kuih ini disalut kelapa dan biasanya dijual dengan warna hijau. Haaa, jadi kali ini kami ingin memberi resepi yang lain daripada lain.

Kuih onde-onde ini kali ini bukan bewarna hijau. Tapi bewarna biru dengan menggunakan keaslian bunga telang! Jom ikut resepi mudah ini. Kalau ada tanam bunga ini dekat halaman rumah tu dan tak tahu nak buat apa, ayuh kita cuba cara ini!

“Selalu Yang Hijau, Kali Ini Yang Biru…”, Cara Buat Onde-Onde Bunga Telang Yang Cantik Dan Sedap!

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung
  • 4 sudu besar tepung beras
  • 30 kuntum bunga telang (rebus bunga, ambil air sahaja dan sejukkan)
  • Gula melaka
  • 1 biji kelapa muda parut (putih sahaja)
  • Sedikit garam (gaul dengan kelapa parut)
  • Sedikit air kapur
  • 3 helai daun pandan (disimpul)

Cara penyediaan

  1. Kukus sebentar kelapa parut supaya tahan lebih lama.
  2. Gaulkan bersama sedikit garam.
  3. Bancuh tepung pulut, tepung beras dengan air bunga telang & air kapur.
  4. Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan.
  5. Masukkan gula melaka yang dipotong kecil di tengah adunan.
  6. Tutup adunan kemas dan bulatkan hingga sekata.
  7. Panaskan air di dalam periuk bersama simpulan daun pandan sehingga mendidih.
  8. Masukkan bebola tepung tadi (api sederhana).
  9. Apabila bola timbul di permukaan air, bolehlah diangkat dan ditoskan.
  10. Gaul bersama kelapa parut  ketika bebola masih panas.
  11. Onde-onde bunga telang sedia dihidangkan.

bunga telang bunga telang bunga telang

Jadi, untuk siapa yang nak hidangkan dan buat onde-onde versi lain daripada yang lain, bolehlah cuba resepi ini. Dan ingat, selain cantik dipandang, bunga telang ni juga banyak khasiatnya. Selain minum air bunga telang sebagai minuman herba, kita boleh juga manfaatkan ia dengan cara ini.

Sumber: Siti Khairun

Baca juga: Jom Buat ‘Ferrero Cookies’ Guna Sukatan Cawan, Mudah & Sedap!

tags: | |