Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Sekali Masak Terus Siap Nasi & Ayam – Ini Cara Buat One Pot Nasi Ayam Yang Super Sedap, Memang Jimat Masa

Sekali Masak Terus Siap Nasi & Ayam – Ini Cara Buat One Pot Nasi Ayam Yang Super Sedap, Memang Jimat Masa

Kategori: ,,
One Pot Nasi Ayam

Jika anda peminat nasi ayam dan ingin membuat nasi ayam yang sedap di rumah dengan pantas, perkongsian kali ini sememangnya untuk korang.

Perkongsian daripada Khairul Abdullah ini memang mudah dirujuk. Kerja masak nasi ayam versi One Pot Nasi Ayam ini memang menjimatkan masa dan yang penting jadi mudah dengan rasa sedap.

“Memandangkan semua abahn ada, terus aku bersilat. Kejap je siap sebab ini adalah spesis One Pot nasi Ayam. Jenis masak sekali harung atau sekali jalan ni. Mana taknya, semua campak satu periuk sahaja. Terus siap nasi dan lauk. Mudah sangat kan,” tulisnya.

Yang baru belajar menu One Pot Nasi Ayam ini pun confirm boleh buat dan rasanya pun super sedap. Nak cuba? Ini caranya.

Sekali Masak Terus Siap Nasi & Ayam – Ini Cara Buat One Pot Nasi Ayam Yang Super Sedap, Memang Jimat Masa

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam saiz kecil – dibersihkan dan potong 4 atau 8 dan perap dengan sedikit garam.
  • Trim bahagian kulit berlemak dan potong kecil-kecil biar dapat dalam 2 sudu.
  • 2 pot beras – tak kisah beras apa pun. Cuci dan toskan.
  • 4 ulas bawang putih – dihiris nipis
  • 1 inci halia dihiris nipis
  • 1 helai daun pandan – dicarik dan disimpul mati
  • 2 pokok daun bawang
  • 50 gram butter/marjerin
  • 1 sudu besar minyak bijan

Cara Penyediaan:

  1. Bahagian ayam macam tulang, kaki dan yang berapa kita gemar tu boleh rebus, masukkan stok/kiub pati ayam dan sepokok daun bawang. Rebus sampai lembut dan ketepikan.
  2. Panaskan butter dan minyak bijan kemudian goreng lemak ayam sampai keperangan dan masukkan bawang putih halia dan daun pandan lalu goreng lagi sehingga naik bau.One Pot Nasi Ayam
  3. Kemudian masukkan baki daun bawang yang dah dipotong lalu kacau sekejap dan terus masukkan beras dan kacau sebati.One Pot Nasi Ayam
  4. Masukkan air rebusan ayam tadi dan sukatan ikut jenis beras kita guna. Masukkan sedikit garam atau boleh jika nak masukkan 1-2 sudu pati ayam dan kacau sebati.One Pot Nasi Ayam
  5. Jika nak masak dalam periuk elektrik maka bolehlah transfer sekarang. Kemudian susun ayam di bahagian atas elok-elok. Tekan on. Kalau masak periuk biasa, perlahankan api dan tutup periuk. Biar masak.One Pot Nasi Ayam
  6. Siap dah! Kalau tak suka ayam moist begitu boleh keluarkan dari periuk, buang sisa nasi yang melekat dan goreng dengan api yang kuat sekejap sahaja sampai naik garing dan rangup. keluarkan dan potong untuk dhihidangkan.One Pot Nasi Ayam One Pot Nasi Ayam One Pot Nasi Ayam

Cara Penyediaan Sambal:

  1. Masukkan 2 biji cili merah, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1 biji tomato, perahan limau dan juga sedikit air rebusan ayam dan blend. Siap!

Cara Penyediaan Kicap:

  1. Goreng 2 ulas bawang putih dan sedikit halia guna minyak bijan sehingga keperangan. Angkat dan masukkan dalam mangkuk. Tambah sos tiram, kicap, sedikit gulam sedikit air rebusan ayam lalu kacau sebati. Siap!

Ceduk nasi, potong ayam dan hidangkanlah dengan hirisan timun, tomato daun bawang dan daun ketumbar. Nasi tu kalau makan sahaja pun sedap dah!

Selamat mencuba hidangan One Pot Nasi Ayam ini!

Sumber: Khairul Abdullah

Baca juga: Rahsia Petua Laksa Pekat Sedap Dari Peniaga, Ikut 5 Langkah Ni Pasti Auto Terciduk Bila Makan

tags: | |