Tak tahu nak buat kudapan apa? Jom buat kudapan Popia Coklat Hanya Guna 3 Bahan. Antara bahan utama adalah kulit popia. Kulit popia ni memang kita tahu sangat sesuai kalau buat pelbagai jenis kudapan sebab terbukti rangup sangat dan sedap dimakan.
Untuk perkongsian kali ini, kita buat dengan salutan coklat dan badam pula. Puas makan dengan rasanya yang rangup dan sedap. Yang mudahnya, snek popia coklat ni sebab ia tak perlu dibakar. Salutkan je dalam coklat lepastu susun dalam paper cup.
Nak lebih sedap, kena sejukkan dalam peti sejuk tau. Mudah je nak buat popia coklat. Kosnya pun tak mahal. Cuma kalau nak sedap lagi, gunakanlah coklat yang lebih enak dan kualiti seperti Beryl’s dan Cadbury. Lepastu salut pula dengan badam, kerangupan dia lebih terasa. Jom ikut perkongsian Nur Fitriyana ni.
Dah siap kita punya popia coklat ! Bolehlah buat banyak-banyak dan isi dalam balang. Confirm habis licin nanti!
Sumber: Nur Fitriyana
Baca juga: Cara Buat Roti Loaf Homemade, Memang Gebu Macam Beli Dekat Kedai. Boleh Cuba Buat Di Rumah!