Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Popia Coklat Hanya Guna 3 Bahan, Nak Buat Ni Senang & Sekejap Saja. Kena Cuba!

Cara Buat Popia Coklat Hanya Guna 3 Bahan, Nak Buat Ni Senang & Sekejap Saja. Kena Cuba!

Kategori: ,
popia coklat

Tak tahu nak buat kudapan apa? Jom buat kudapan Popia Coklat Hanya Guna 3 Bahan. Antara bahan utama adalah kulit popia. Kulit popia ni memang kita tahu sangat sesuai kalau buat pelbagai jenis kudapan sebab terbukti rangup sangat dan sedap dimakan.

Untuk perkongsian kali ini, kita buat dengan salutan coklat dan badam pula. Puas makan dengan rasanya yang rangup dan sedap. Yang mudahnya, snek popia coklat ni sebab ia tak perlu dibakar. Salutkan je dalam coklat lepastu susun dalam paper cup.

Nak lebih sedap, kena sejukkan dalam peti sejuk tau. Mudah je nak buat popia coklat. Kosnya pun tak mahal. Cuma kalau nak sedap lagi, gunakanlah coklat yang lebih enak dan kualiti seperti Beryl’s dan Cadbury. Lepastu salut pula dengan badam, kerangupan dia lebih terasa. Jom ikut perkongsian Nur Fitriyana ni.

Cara Buat Popia Coklat Hanya Guna 3 Bahan, Nak Buat Ni Senang & Sekejap Saja. Kena Cuba!

popia coklat

Bahan-Bahan:

  • kulit popia
  • coklat Beryl’s (coklat masakan coins)
  • badam

Cara Penyediaan:

  1. Mula-mula gulung sekeping-sekeping kulit popia dengan lidi.
  2. Kemudian gunting-gunting menjadi saiz kecil seperti dalam gambar. popia coklat
  3. Biarkan dalam 1 jam supaya kulit popia ini kering.
  4. Lepastu baru goreng dalam minyak panas sehingga bertukar warna coklat. popia coklat
  5. Dah bertukar warna, boleh angkat dan toskan.
  6. Sediakan badam yang jenis cincang kecil-kecil macam ni. popia coklat
  7. Sangaikan atas api (goreng tanpa minyak) sekejap.
  8. Kemudian cairkan coklat masakan Beryl’s dengan kaedah double boil.  popia coklat
  9. Kalau nak cairkan dalam microwave pun boleh. Ikut mana mudah bagi anda.
  10. Lepas coklat dah cair, masukkan kulit popia yang dah digoreng dan juga badan yang dah disangai tadi ke dalam mangkuk coklat. popia coklat
  11. Gaulkan sekata semuanya.
  12. Susunkan dalam paper cup kecil-kecil dengan kemas.
  13. Akhir sekali taburkan colour rice mix sebagai hiasan. popia coklat

Dah siap kita punya popia coklat ! Bolehlah buat banyak-banyak dan isi dalam balang. Confirm habis licin nanti!

Sumber: Nur Fitriyana

Baca juga: Cara Buat Roti Loaf Homemade, Memang Gebu Macam Beli Dekat Kedai. Boleh Cuba Buat Di Rumah!

tags: | |