Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Puding Cendol Yang Ringkas & Sedap, Makan Waktu Sejuk Lebih Sedap Tau!

Cara Buat Puding Cendol Yang Ringkas & Sedap, Makan Waktu Sejuk Lebih Sedap Tau!

Kategori: ,
resepi puding cendol

Puding merupakan antara pencuci mulut yang sangat popular pada bulan puasa. Selain itu, puding juga turut disediakan pada apa-apa majlis memandangkan rasanya sangat enak dan juga turut mudah untuk disediakan. Terdapat pelbagai jenis puding sebenarnya dan antara puding yang pernah digilai ramai pada zaman dahulu adalah Puding Cendol.

Puding Cendol ini memang sangat enak. Lebih-lebih lagi kalau terasa lemaknya namun zaman sekarang tak ramai yang menjual puding cendol ini. Tidak mengapa, kita boleh sahaja membuatnya sendiri memandangkan penyediaannya sangat mudah. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini.

Resepi Puding Cendol Yang Mudah Dan Sedap

Bahan A:

  • 10gm agar-agar tali
  • 2 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 helai daun pandan
  • Secubit garam
  • 500gm cendol

Cara Penyediaan:

  1. Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar.
  2. Masuk gula dan daun pandan. Kacau-kacau.
  3. Masukkan santan, kemudian secubit garam dan kacau rata. Biarkan mendidih seketika, tutup api.
  4. Boleh campurkan cendol dan kacau perlahan-lahan.
  5. Tuang separuh dalam loyang 8×8.
  6. Biarkan sederhana beku.

Bahan B:

  • 10 g agar-agar tali
  • 3 1/2 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula putih – boleh kurangkan
  • Secubit garam

Cara Penyediaan:

  1. Seperti biasa, masak puding dengan air sampai mendidih.
  2. Masukkan daun pandan.
  3. Kemudiann gula merah, gula putih dan secubit garam.
  4. Masak dan kacau-kacau bagi larut gula. Tapiskan.
  5. Tuangkan perlahan-lahan atas puding tadi sampai habis. Biarkan sederhana beku.
  6. Baking puding yang cendol tadi, panaskan semula atas api perlahan sampai cair.
  7. Tuangkan atas puding yang gula merah tadi.
  8. Dah beku, masukkan ke dalam peti sejuk dan sejukkan.
  9. Kemudian bolehlah potong ikut suka.
  10. Siap untuk dihidangkan. 

Mudah sahaja kan nak buat Puding Cendol ini? Sangat mudah dan senang untuk disediakan. Malah bahan yang digunakan juga sangat mudah untuk didapatkan. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita cuba membuatnya sekarang.

Kredit: Zura Zul 

Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Puding Roti Tawar Yang Cantik, Mudah & Sedap. Sesuai Dibuat Sebagai Juadah Berbuka Dan Raya!

tags: | |