Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Puding Karamel Tanpa Telur & Kukus, Yang Pasti Sedap

Cara Buat Puding Karamel Tanpa Telur & Kukus, Yang Pasti Sedap

Kategori: ,
puding karamel tanpa telur

Nak buat puding karamel tapi lupa nak beli telur? Takpe, jangan risau. Ini Daily Makan bawakan anda cara buat puding karamel tanpa telur dan kukus tetapi yang pasti sedap. Bukan sahaja sedap malah untuk menyediakannya juga sangatlah mudah. Buat siap-siap letak dalam peti ais kemudian makan.

Kesedapannya akan lebih sedap dan menyelerakan bila mana dimasukkan dalam peti ais. Anak-anak pun pasti suka Puding Karamel ini. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula membuatnya sekarang.

Resipi Puding Karamel Tanpa Telur & Kukus

Jika guna loyang 7 inci

Bahan gula hangus:

  • 2 sudu makan gula pasir
  • 2 sudu makan air panas

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan gula dalam loyang. Masak atas api sederhana hingga gula cair keperangan ( sentiasa kacau)
  2. Bila gula dah agak perang, tutup api dan tuangkan air panas perlahan-lahan.
  3. Buka api dan masak lagi hingga gula larut.
  4. Padamkan api dan biarkan seketika.
  5. Boleh sediakan bahan puding.

Jika guna bekas dadih kecil:

Bahan gula hangus:

  • 3/4 cawan gula ( hampir penuh)
  • 1 cawan air panas

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan gula dalam kuali dan masak atas api sederhana sehingga gula cair keperangan (sentiasa kacau)
  2. Bila gula dah agak perang, tutup api dan tuangkan air panas perlahan-lahan.
  3. Buka api dan masak lagi hingga gula larut. Padamkan api dan sejukkan seketika.
  4. Masukkan 1 sudu makan gula hangus ke dalam bekas dadih.
  5. Biarkan dan boleh sediakan bahan puding.

Cara Membuat Puding 

Bahan puding:

  • 1 Paket serbuk agar-agar/ 10 g | serbuk yang jernih (Jika guna agar-agar tali, sukatannya 20g atau 25g)
  • 4 cawan air
  • 3 sudu makan tepung kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis.

Cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan hingga sebati, tapiskan dalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang sederhana sehingga larut.
  2. Apabila dah mendidih kuat, tutup api dan tuangkan dalam loyang yang ada gula hangus tadi.
  3. Sudukan ke dalam bekas dadih dan biarkan sedikit suam.
  4. Masukkan ke dalam peti sejuk. Bila sudah keras, bolehlah potong dan menikmatinya.

Mudah sahaja kan nak buat Puding Karamel ini? Sangat sesuai untuk dihidangkan sebagai pencuci mulut untuk apa-apa majlis. Nak hidangkan untuk berbuka puasa atau moreh pun okey sangat tau.

Selamat Mencuba!

Kredit: Mariana Zainal

tags: |