Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Puding Mangga Susu Yang Mudah & Sedap, Sangat Sesuai Untuk Dihidangkan Sebagai Pencuci Mulut

Resepi Puding Mangga Susu Yang Mudah & Sedap, Sangat Sesuai Untuk Dihidangkan Sebagai Pencuci Mulut

Kategori: ,
resepi puding mangga susu

Pastinya kita sudah terbiasa dengan puding yang ada di Malaysia ini. Sehinggakan kadang-kadang dah puas makan. Namun mungkin anda boleh mencuba puding yang lain sikit, iaitu Puding Mangga Susu ini. Rasanya lebih sedap dan sungguh berlemak. Lebih-lebih lagi jika mangga yang digunakan manis.

Nak cuba buat sendiri Puding Mangga Susu ini di rumah? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Zura Zul ini. Sekali hidang pasti terus licin ni, tambahan pula kalau anda seorang yang gemar akan buah mangga.

Resepi Puding Mangga Susu Yang Sedap Dan Menyelerakan

BAHAN A

  • 10 gram agar-agar tali
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 biji mangga
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • Sedikit lemon yellow
  • Secubit garam | jika suka

CARA PENYEDIAAN:

  1. Agar-agar tali gunting kecil-kecil. Jirus air/cuci kemudian masak dengan air bagi larut agar-agar.
  2. Sementara tu boleh blender buah mangga, susu cair, tepung jagung dan sedikit lemon yellow hingga hancur halus.
  3. Tuang dalam periuk agar-agar tadi, kacau sedikit. Masukkan susu pekat dan secubit garam jika suka.
  4. Kacau dan sebatikan, tak perlu masak sampai mendidih.
  5. Basahkan dulu loyang 8×8 dan tuangkan kesemuanya.
  6. Biarkan sederhana beku.

BAHAN B

  • 10g agar-agar tali
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 susu pekat manis
  • 2 biji mangga | potong dadu
  • 2-3 sudu oren sunquick

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masak agar-agar dgn air hingga larut agar-agar
  2. Ketepikan dulu 1/2 cawan agar-agar ni
  3. Tuang susu cair kemudian susu pekat. Kacau-kacau sebatikan.
  4. Tuang perlahan-lahan atas puding mangga tadi. Biarkan sederhana beku
  5. Mangga yang dipotong dadu dicampur dengan oren sunquick dan gaul-gaul rata.
  6. Susun/tabur mangga perlahan-lahan atas puding susu tu keseluruhan loyang.
  7. 1/2 cawan agar-agar yang diasingkan tadi panaskan semula atas api perlahan bagi cair.
  8. Tuang sikit-sikit atas puding mangga bagi keseluruhan mangga terkena agar-agar ni ya. Biar nanti dia melekat elok, tak terkeluar/tertanggal mangga tu.
  9. Masuk dalam peti sejuk 1 jam atau lebih.
  10. Keluarkan puding dari loyang dan potong ikut suka.
  11. Sedia untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Puding Mangga Susu ini? Pastikan bahan yang diperlukan ada, barulah puding yang anda sediakan menjadi dan sedap. Jangan lupa masukkan dalam peti ais dahulu ya, supaya rasanya lebih nikmat.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: zura zul

Baca juga: Resipi Colek Buah Thai, Cicah Dengan Mangga & Jambu Memang Nikmat Tak Terkata!

tags: | |