Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Puding Karamel Yang Mudah Dan Menyelerakan, Confirm Menjadi!

Cara Buat Puding Karamel Yang Mudah Dan Menyelerakan, Confirm Menjadi!

Kategori: ,

Puding karamel merupakan hidangan pencuci mulut yang digemari ramai. Hal ini demikian kerana proses penyediaannya yang mudah dan rasanya yang sedap sehingga menjilat jari. Memang sesuai sangat untuk dihidangkan kepada tetamu yang berkujung ke rumah.

Daripada tak tahu nak buat apa dekat rumah tu, baik korang cuba buat resepi ni. Tak payah nak beli kuih dekat bazar untuk berbuka nanti. Kalau selama ni tak pernah buat puding, ini merupakan masa yang terbaik untuk korang buat! Nanti minta encik suami komen, confirm sedap punya. Tunggu apa lagi? Jom buat sekarang!

Cara Buat Puding Karamel Tanpa Telur

Bahan puding:

  • 4 cawan air
  • 25g agar-agar
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan susu cair
  • 3 sudu besar tepung kastart
  • 1 sudu kecil esen vanila

Bahan karamel:

  • 1/2 cawan gula
  • 3 sudu besar air

Cara penyediaan adunan puding

1.Masukkan air dan agar-agar ke dalam kuali atau periuk yang sesuai. Kacau sehingga agar-agar larut.

2.Kemudian masukkan gula sehingga larut.

3.Selepas tu, masukkan susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau rata.

(Tips: Sebelum masukkan tepung kastard, bancuh dahulu tepung dengan air supaya ia larut. Kemudian baru masukkan ke dalam adunan puding ke dalam periuk. Jika masukkan tepung kastard begitu sahaja, ia akan berketul-ketul di dalam puding)

4.Setelah kacau rata semua bahan, biarkan ia masak dan menggelegak seketika. Kemudian tutup api.

5.Tapis adunan semasa pindahkan ia ke dalam mangkuk.

Cara penyediaan karamel

1.Masukkan gula bersama air ke dalam periuk. Guna api sederhana supaya gula tidak cepat hangit.

2.Kacau sedikit dan biar ia larut perlahan-lahan.

3.Setelah nampak ia mula berubah warna kepada kuning keemasan, perlahankan api. Pastikan semua gula sudah larut dan keseluruhannya bertukar menjadi karamel.

4.Tuang bahagian karamel ke dalam bekas yang sesuai dan tuang adunan puding di atasnya.

5.Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan ia menjadi keras sedikit.

6.Selepas dibiarkan di dalam peti sejuk. Anda boleh terbalik bekas dan siap untuk dihidang.

p/s: Untuk rasa yang lebih menyegarkan, boleh dihidang bersama daun pudina dan lemon zest.

Sekian sahaja perkongsian dari Daily Makan mengenai resepi puding karamel tanpa telur yang sangat ringkas dan mudah. Selamat mencuba!

Kredit: MALAY kitchen

Baca juga: Lain Dari Yang Lain, Ini Resepi Puding Laici Bunga Telang, Sejuk & Sedap Untuk Berbuka Puasa

tags: |