Aneka pulut menjadi kegemaran ramai. Selalunya yang sangat dikenali adalah pulut kuning yang dihidangkan bersama rendang ayam atau daging.
Ramai sangka bahawa pulut-pulut hanya sesuai dihidangkan untuk Majlis tertentu namun ada juga yang sangat ringkas untuk disediakan, antaranaya adalah pulut serunding kelapa ini. Resepinya mudah sahaja!
Jom Tahu Cara Mudah Buat Pulut Serunding Kelapa Di Rumah, Sesuai Juga Untuk Moreh
Bahan pulut
- 4 cawan beras
- Air
- 1 cawan santan pekat
- Secubit garam
Bahan kisar
- 10 tangkai cili kering
- 2 labu bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 3 batang serai
- Lengkuas sebesar ibu jari
- Halia sebesar ibu jari
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh jintan manis
- 2 sudu besar serbuk ketumbar
- 2 genggam udang kering
Bahan perasa
- Gula
- Garam
- 3 helai daun limau purut
Cara penyediaan
- Untuk pulut, letakkan beras dan air paras beras ke dalam bekas dan kukus separuh masak.
- Angkat dan letakkan santan, kacau dan letakkan garam. Kukus lagi sehingga masak.
- Tumis semua bahan kisar di atas sehingga pecah minyak dan naik bau.
- Perasakan gula dan garam mengikut citarasa masing-masing.
- Masukkan daun limau purut dan kelapa, kacau sehingga kering. Jangan telampau kering pula.
- Kemudian, ambil pulut yang telah dikukus dan bentukkan menjadi bebola, salut permukannya dengan bahan serunding kelapa yang telah ditumis tadi.
- Sedia untuk dinikmati.
Resepi pulut serunding kelapa ini mudah sahaja rupanya untuk disediakan! Sesuai untuk dijadikan sebagai santapan untuk minum petang.
Tunggu apa lagi? Jom cuba sekarang!
Kredit: Siti Noor Naquih Razali
Baca Juga: Cara Paling Mudah Untuk Buat Lemang Di Rumah, Cuma Perlu Guna Teknik Ini & Papercup Sahaja