Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Rendang Ayam ‘Step By Step’, Memang Sedap!

Cara Buat Rendang Ayam ‘Step By Step’, Memang Sedap!

Kategori: ,
Cara Buat Rendang Ayam

Rendang Ayam menu yang wajib ada setiap kali raya aidilfitri. Memang sedap tambah lagi jika makan dengan ketupat palas, memang terangkat habis. Jangan lupa buat untuk raya tahun ni ya, wajib cuba! Ikuti cara buat rendang ayam ‘step by step’ dibawah.

Cara Buat Rendang Ayam ‘Step By Step’

Bahan-bahan kisar:

  • Bawang kecil
  • Bawang besar
  • Halia
  • Lengkuas
  • Bawang putih
  • Serai
  • Kunyit

Bahan lain:

  • Ayam setengah ekor (basuh bersih dan tos)
  • Cili kering – 15 tangkai
  • 1 sudu rempah daging (optional)
  • 1 sudu rempah cili unuk warna (optional)
  • Daun kunyit (optional)
  • 2 sudu kerisik
  • 1 kotak santan
  • Gula merah (optional)
  • 2 sudu gula

Cara-cara:

  1. Kisarkan bahan-bahan kisar. Kisar sehingga halus supaya kuah tidak berserabut.
  2. Kisar cili kering, jumlah mengikut tahap kepedasan yang diingini.
  3. Masukkan rempah daging dan rempah cili ke dalam bahan kisar tadi.
  4. Panaskan sedikit minyak.
  5. Tumis bahan-bahan kisar yang dicampur bersama rempah daging dan rempah cili tadi.
  6. Masukkan cili yang dikisar.
  7. Letakkan daun kunyit, yang ni kalau taknak pun takpe sebab nanti nak letak yg racik halus.
  8. Sementara tunggu kuah masak n naik minyak, boleh racik halus daun kunyit.
  9. Masukkan asam keping.
  10. Masukkan kerisik 2 sudu.
  11. Masukkan ayam, saya masuk ayam awal sebab masak api perlahan, nak ayam tu senang terlerai dari tulangnya.
  12. Masukkan santan sekotak, atau sebiji kelapa.
  13. Masukkan gula merah ni optional.
  14. Masukkan gula dua sudu besar.
  15. Masak lebih kurang sejam. Bila dah sejam, kuah akan jadi gelap dan pecah minyak, kemudian boleh masukkan daun kunyit, saya masukkan air 2 cawan berselang seli bila kuah tu memekat.
  16. Dah siap rendang ayam, kena selalu kacau ye takut kuah hangit.

Kredit: Nurain Sulaiman

Selamat mencuba!

tags: