Siapa kata salad perlu rasa membosankan? Sebenarnya terdapat pelbagai jenis salad menarik yang anda boleh cuba, macam-macam boleh ditambah untuk menjadikannya kena dengan selera masing-masing.
Bagi anda sukakan sedikit manisan, boleh lah mencuba resepi salad buah-buahan yang telah dikongsikan oleh Rozita Daud di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Memang mudah, jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.
Ini Cara Buat Salad Buah-Buahan Yang Segar Lagi Sihat Untuk Dimakan Pada Bila-Bila Masa
Bahan buah-buahan
- 1/2 kg anggur merah
- 2 biji epal hijau (potong dadu)
- 2 biji epal merah (potong dadu)
- 2 biji mangga (hiris kiri dan kanan betul-betul di biji mangga dan potong dua baru dadu-dadu)

Bahan lain
- 2 yogurt strawberi
- 1/2 botol sos salad buah-buahan – dapatkan di sini
- 1 peket kismis hitam
- 1/2 cawan biji selasih
- 1 tin susu cair

Cara-caranya
- Potong buah-buahan yang digunakan mengikut bentuk.
- Sambil itu, rendam biji selasih dalam air panas dan biarkan kembang.
- Kemudian, campurkan kesemua bahan dalam satu bekas. Letakkan susu cair paling terakhir.

- Gaul semua bahan sehingga sebati, bila sudah siap boleh simpan dalam peti ais selama 2 jam supaya kismis kembang dan salad menjadi pekat.

- Keluarkan dari peti ais dan sedia untuk dinikmati secara sejuk.

Siap akhirnya salad ini. Nampak begitu sedap, pastikan makan semasa ia masih lagi sejuk untuk rasa yang lebih nikmat.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan pada semua.
Kredit: Rozita Daud
Baca Juga: Rendah Karbo & Sesuai Untuk Diet, Ini Resepi Roti John Yang Lebih Sihat! Rasa Sebijik Seperti Di Pasar Malam