Resipi sambal belacan kisar perkongsian oleh saudari Mariana Abd Majid ini memang menjadi dan sedap tak terkata. Buat stok letak dalam peti ais boleh tahan 2 minggu, senang bila nak makan.
Yang penting, resipi ini sangat istimewa kerana tidak menggunakan tomato dan bawang tetapi rasanya sama seperti belacan tumbuk. Nak cuba buat? Boleh ikut cara-caranya di bawah.
Cara Buat Sambal Belacan Kisar Sedap Tak Terkata! Tak Perlu Guna Tomato & Bawang
Bahan-bahan:
-
Sambal belacan kisar
-
Cili hidup
-
Cili padi
-
Belacan
-
Air asam jawa(perah guna air masak suam)
-
Air perahan limau kasturi(7@9biji)
-
2biji limau kasturi ( buang biji,hiris sekali ngn kulit)
-
Gula
-
Garam kasar
Cara-cara:
- Masukkan cili hidup, cili padi, belacan, air asam jawa, air perahan limu kasturi, limau kasturi yang dihiris, gula dan garam kasar.
Kisar on off. Agak-agak sedikit lumat sahaja. Jangan kisar terlalu lama.
- Sedia untuk dinikmati.

Kalau digandingkan dengan tomyam dan telur dadar memang lagi perfect!
Kredit: Mariana Abd Majid