Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » “Ada Ni Bertambah-Tambah Suami Makan..”, Wanita Ini Kongsi Resepi ‘Sambal Kelantan’ Yang Padu Teruk. Jom Cuba!

“Ada Ni Bertambah-Tambah Suami Makan..”, Wanita Ini Kongsi Resepi ‘Sambal Kelantan’ Yang Padu Teruk. Jom Cuba!

Kategori: ,
resepi sambal kelantan

Bagi peminat makanan pedas, kalau tiada sambal dalam setiap hidangan pasti tidak lengkap rasanya. Lebih-lebih lagi bagi yang meminati sambal kampung atau pun sambal Kelantan. Sambal Kelantan ini rasa dia memang lebih sedap jika dibandingkan dengan sambal-sambal lain.

Mungkin sebab ada buah limau kasturi juga kot. Banyak je ada jual dekat luar atau kedai makan tapi harganya agak mahal. Jadi kalau nak puas hati, baik buat sendiri je. Caranya sangat mudah dan boleh tahan lama. Jom kita ikuti perkongsian Azliza Aiza di bawah ini.

Cara Buat Sambal Kelantan Yang Mudah & Sedap!

Bahan-bahan:

  • Segenggam lada burung merah
  • Segenggam lada burung hijau
  • 6 biji lada besar merah (buang biji)
  • 6 biji lada besar hijau (buang biji)
  • 8 biji limau kasturi (ambik air dan tapis), kulitnya hiris halus
  • 1 labu bawang putih
  • 2 ulas bawang merah sebesar 50 sen
  • Cuka | letak paras-paras lada yang dah dikisar
  • Garam, gula, ajinomoto secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Bawang putih dan bawang merah masak dalam kuali tanpa minyak. Ala-ala bakar juga la. Masak sampai lembik dan racik halus-halus.
  2. Kisar lada (kisar guna pengisar kering) sebab suka nampak kasar-kasar gitu. Kalau nak halus guna pengisar biasa je letak cuka. (Jangan masukkan air nanti tak tahan lama.
  3. Kemudian campurkan semua bahan-bahan dan siap.
  4. Simpan dalam peti sejuk bagi tahan lama.

Mudah sahaja kan nak buat Sambal Kelantan ini? Jadi tunggu apa lagi tu, jom lah kita buat sekarang. Buat sekali tapi lepas ni pasti nak lagi dan lagi. Kalau tiada sambal ni setiap kali makan memang tak lengkap tau.

Selamat mencuba!

Kredit: Azliza Aiza Via MAHN

Baca juga: Sambal Belacan Siam Yang Sedap! Resepi Keluarga Tiap Kali Kenduri, Wanita Ini Kongsi Resepinya

tags: | |